Syed Saddiq tak mengaku makan rasuah, elaun pinggan mangkuk saja cecah RM42 ribu
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq hari ini telah terkesan dengan berita mengenai kaitannya dengan perilaku rasuah.
Beliau cuba buktikan dirinya tidak bersalah dengan mendedahkan pendapatannya yang banyak sepanjang menjadi Menteri Kabinet.
Berikut adalah kenyataan beliau:
Lagi sekali ada yang mencuba untuk kaitkan saya dengan rasuah. Saya masuk politik untuk bersihkan politik, bukan untuk kedudukan & kewangan.
Dahulu ada yang mencuba kaitkan saya dengan kes rasuah tetapi sampai sekarang tidak dibuktikan langsung.
Sekarang ada lagi yang mencuba. Saya nak ingatkan beberapa perkara,
1) Saya sendiri yang MELAPORKAN kes ini ke Pihak Polis. Kalau duit rasuah, buat apa saya nak laporkan.
2) Wang yang hilang melibatkan saya & keluarga. Kami sudah buat laporan polis. Wang untuk tujuan renovasi rumah. Kalau duit rasuah, kenapa kita nak laporkan?
3) Walaupun diberikan AP semasa jadi menteri, saya tiada langsung membeli kereta mewah. Tiada Vellfire, tiada sports car. Saya juga tiada aset yang mahal/baru yang dibeli.
Saya juga tiada rumah baru, kecuali rumah yang dimiliki saya & keluarga di Shah Alam yang mula dibeli sejak sebelum jadi Menteri.
4) Apabila berkhidmat di KBS, saya merupakan salah seorang menteri pertama yang mengisytiharkan aset & juga megamalkan dasar “Open Tender” bagi semua kontrak.
5) Tiada seorang pun kontraktor yang dapat kontrak dari saya. Semua perlu melalui JK tender yang bebas dari campur tangan menteri.
Kenapa saya katakan ini? Sampai sekarang saya tidak faham mengapa ada keperluan untuk Menteri makan rasuah.
Gaji tinggi, elaun tinggi. Belum masuk one-off payments yang diterima.
Gaji menteri + Ahli Parlimen = RM55,000 sebulan.
(Ini tidak termasuk kalau kerap balik kawasan atau hadiri program yang jauh dari pejabat, kerana ada insentif tambahan).
Elaun one-off pinggan & mangkuk = RM42,000.
Elaun tahunan percutian. =RM70,000.
Elaun makanan setiap hari = RM180/person had maksimum untuk claim belanja makan, tidak kira jumlah orang.
Elaun pindah rumah = RM10,000.
Apabila diberhentikan sebagai menteri, dapat lagi one-off payment, ~RM150,000.
Untuk kes ini, saya serahkan sepenuhnya ke pihak SPRM untuk siasat dan saya telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya sejak kes ini mula disiasat hampir 2 bulan.
"Berani kerana benar" ujar Syed Saddiq mengakhiri posting beliau.
Posting beliau telah mendapat lebih dari 90% komen negatif dari netizen. Ada yang meminta beliau membuktikan sendiri apa yang diperkatakan di mahkamah saja.
Ada juga yang mempertikai kenapa duit-duit itu perlu disimpan di dalam rumah.
-Tun Carlos