Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

TERKINI: Ab Rauf dilantik speaker baru DUN Melaka


DUN MELAKA | Adun Perikatan Nasional (PN) hari ini berkumpul semula dan meneruskan sidang dewan undangan negeri setelah sidang itu kecoh pagi tadi.

Mereka kemudian mengundi untuk menyokong Pengerusi Umno Melaka yang juga bekas setiausaha kerja Umno Malaysia, Ab Rauf Yusoh sebagai speaker yang baru.

Ia berlaku hanya kira-kira satu jam selepas sidang DUN ditangguhkan oleh speaker yang dilantik semasa era pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Omar Jaafar, ekiran perbahasan panas mengenai usul mengetepikan beliau.



Sidang itu bermula dengan Adun Rim (Umno), Ghazale Mohamad, bertindak sebagai pemangku speaker.

Beliau kemudian memulakan proses mengundi bagi mendapatkan speaker yang baru.

"Seramai 16 Adun mengundi menyokong pencalonan Rauf sebagai speaker yang baru," kata wartawan berkenaan.



Pada jam 10 pagi tadi, Omar menangguhkan sidang DUN hanya selepas 30 minit berlangsung apabila berlaku perbalahan di antara beliau dengan bekas ketua menteri Melaka, Idris Haron (Umno-Sungai Udang) dan beberapa Adun PH.

Ia bermula apabila Idris memberitahu Omar bahawa beliau tidak layak menjalankan tugas sebagai speaker kerana PH tidak lagi mempunyai sokongan majoriti dalam DUN Melaka.

Kerajaan PH Melaka jatuh pada 2 Mac lalu selepas dua daripada Adun mereka berpaling tadah untuk menyertai PN yang kemudian menguasai kerusi DUN dengan 17 wakil.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi.

BACA: Belum sempat Speaker baca doa, sidang DUN Melaka kecoh (video)