Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

TERKINI: Kenyataan rasmi dari Sultan Kedah akan dibuat pada petang ini -sumber


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dan UMNO tiba di Wisma Darul Aman, Alor Setar bagi mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pagi ini.

Antara yang tiba awal ialah Ketua Pembangkang, Muhammad Sanusi Md Nor (Jeneri), diikuti Datuk Dr Mohd Hayati Othman(Tokai) ,Datuk Siti Ashah Ghazali (Merbau Pulas) dan ADUN UMNO iaitu Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang) dan Datuk Norsabrina Mohd Noor (Bandar Bharu).



Sejumlah 19 Adun dari Perikatan Nasional telah hadir ke Istana pada pagi ini. Sultan Kedah telah tiba di Wisma Darul Aman bagi proses menemui kesemua Adun ini.

Menurut sumber, ada dua sesi pertemuan pada hari ini iaitu pada paginya Sultan berjumpa dengan Adun-Adun yang memihak kepada Perikatan Nasional. Pada sesi petang pula perjumpaan dengan Adun-Adun yang memihak kepada Mukhriz.

Seperti tahun 2016 kenyataan akan dikeluarkan sebaik saja selesai pertemuan dengan kedua-dua kem ini. -Tun Carlos

BACA: Mahathir tak halang Adun Bersatu sokong Muhyiddin