Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

TERKINI: Speaker DUN Perak letak jawatan


DUN PERAK | Adun Sitiawan Ngeh Koo Ham meletakkan jawatan sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Beruas (DAP) meletakkan jawatan setelah menyampaikan ucapan panjang yang antara lain menekankan kepentingan kedaulatan undang-undang dan tata kelola yang baik.

Menurutnya, undang-undang jelas mengatakan pemilihan speaker baru hanya boleh berlaku jika terdapat kekosongan dan notis perlu diberikan tujuh hari sebelumnya.


"Ia tidak sepatutnya dibuat melalui ancaman," katanya, merujuk percubaan oleh Menteri Besar Faizal Azumu untuk memulakan usul undi tidak percaya bagi mendesak beliau meletakkan jawatan.

Faizal cuba berbuat demikian berdasarkan Peraturan 3 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN, yang menyatakan usul yang dibawa menteri besar perlu diberi keutamaan.

Beliau kemudian menggesa 34 Adun yang menyokongnya untuk bangun dan menyokong usul itu.

Susulan itu, beberapa pegawai DUN cuba mendekati Ngeh untuk memintanya meninggalkan tempat speaker, tetapi beliau enggan berbuat demikian dan berkata mahu melakukannya secara betul.


Ia menyebabkan pertikaian antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang, dengan wakil rakyat pembangkang kemudian mendesak agar Ngeh dibenarkan memberikan ucapan.

Ngeh menutup ucapannya dengan mengisytiharkan penangguhan sidang DUN, tetapi Faizal berkata ia tidak boleh berbuat demikian tanpa meluluskan usul terlebih dulu.

Selepas Ngeh keluar, wakil rakyat pembangkang mula keluar dewan tetapi Faizal terus membawa usul untuk melantik Adun Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharudin sebagai speaker sementara. -MKini