Tersebar lagi rakaman audio Mahathir, putuskan Bersatu keluar dari PH dan tak suka Anwar DAP
Tersebar klip rakaman audio yang membuktikan bahawa Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang bersetuju untuk partinya itu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada 23 Februari yang lalu (beliau umumkan letak jawatan sebagai PM pada esoknya iaitu 24 Februari).
Di dalam klip tersebut, kedengaran Mahathir membincangkan dengan semua orang mengenai keputusan untuk keluar daripada PH.
Perbincangan itu dibuat setelah pimpinan dalam Majlis Presiden PH bertengkar dan berlaku biadap terhadap Mahathir ketika Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari bagi memutuskan tarikh tetap bila Mahathir akan lepaskan jawatan kepada Anwar Ibrahim.
BACA: AUDIO PANAS: Pergaduhan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH
"Tadi kita ada bincang banyak, la ni ada satu cadangan iaitu kita keluar dripada Pakatan Harapan. Satu cadangan lagi yang datang daripada saya ialah kita tunggu fikir dengan mendalam, atau patut ikut yang lain." ujar Mahathir di dalam klip audio tersebut.
Mahathir juga mendakwa UMNO menyokongnya walaupun beranggapan sokongan itu kadang-kadang berubah.
"Jadi saya nak tau sama ada kita semua keluar sekarang ini ataupun kita nak bagi masa sedikit. Kerana pada saya the support from UMNO ni is so fickle (berubah-ubah) that kalau bagi masa sikit saja dia (UMNO) nanti suka kat saya."ujar Mahathir.
Mahathir dedah tak suka DAP dan Anwar
Lebih mengejutkan, Mahathir sendiri mengaku di dalam mesyuarat tersebut bahawa beliau sebenarnya tidak suka kepada DAP dan Anwar.
"Jadi tak ada kelainan cuma ja, saya pun tak suka kepada DAP, tak suka kepada Anwar yang lain semua pun macam itu. Tapi semua itu soal masa saja."
"Nak kita tentukan masa ataupun kita ambil tindakan hari ini?" soal Mahathir di dalam audio tersebut.
Kesemua di dalam mesyuarat itu bersetuju untuk ambil tindakan keluar dari PH pada hari tersebut.
"Kalau hari ni, OK, hari ini kita keluar daripada Pakatan Harapan" jawab Mahathir sambil mendapat tepukan gemuruh daripada semua orang.
Pada esoknya 24hb Februari, Bersatu mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan di dalam sidang media dan Mahathir umum letakkan jawatan
Jika kita semua perasan, ketika di dalam mesyuarat ini Mahathir tidak cakap pula tentang Najib seperti sekarang.
Dari sini kita dapat simpulkan bahawa musuh Mahathir adalah Najib Razak, Anwar dan juga DAP. Tetapi kenapa Mahathir masih lagi memilih untuk bersama Anwar dan DAP?
Sebabnya, Mahathir tahu Anwar dan DAP ni senang untuk dia tipu again and again.
Pihak Dr. Mahathir telah dihubungi untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini, tapi masih belum ada apa-apa respon.
-Tun Carlos