Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Tuntutlah Parlimen untuk bubar jika korang berani." Najib cabar PH



ULASAN NAJIB: Kewayangan rebutan kuasa PH berterusan.

Pagi ini, ADUN DAP mengeluarkan kenyataan media yang tuduh tindakan Speaker Parlimen untuk tolak usul undi percaya pada PM7 dari Shafie Apdal adalah tidak masuk akal.

ADUN DAP ini kena faham bahawa Speaker Parlimen yang kamu tuduh tak masuk akal ini adalah ahli parti PAN yang korang lantik sebagai speaker manakala anak dia kerja sebagai setiausaha media boss DAP kamu, Guan Eng.

Korang suka lantik orang yang kononnya buat keputusan tak masuk akal untuk jadi speaker ke?

"Aziz Bari: Mind-boggling reason to reject motion of confidence"
https://www.facebook.com/Malaysiakini/posts/10157188974160906



Lagipun, usul Shafie Apdal yang ditolak Speaker adalah usul percaya pada PM7 (Mahathir) - bukan usul tidak percaya pada PM8 (Muhyiddin).

Lagi pelik ialah orang yang mempertahankan tindakan Speaker parlimen untuk tolak usul percaya pada Mahathir pula ialah peguam bagi Mahathir sendiri.

"Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berpendapat keputusan Mohamad Ariff betul kerana Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan usul undi percaya atau usul undi tidak percaya terhadap seorang perdana menteri sahaja.



“Sebelum ada usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri diluluskan, tidak boleh ada usul undi percaya terhadap mana-mana ahli Parlimen lain,” katanya kepada The Malaysian Insight."

(Dalam erti kata lain, Mahathir bukan lagi PM. Buat apa Shafie Apdal buat undi percaya pada dia dalam parlimen?)

8 Mei 2020: Speaker betul tolak usul Shafie, wajar benarkan usul Dr M, kata peguam
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/243850

Tak habis-habis kewayangan dan perebutan kuasa dari depa ni.

Tunggulah krisis Covid berakhir. Tunggulah sehingga kes Covid jatuh ke sifar.

Masa itu, tuntutlah parlimen untuk bubar jika korang berani dan kita turun ke padang untuk lawan.

BACA: Usul undi tak percaya pada 18 Mei mungkin tidak akan terlaksana -Menteri JPM

BACA: Speaker terima usul pembangkang lanjutkan sidang Dewan Rakyat kepada lapan hari

sumber: FB Najib Razak