Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Zon Hijau: 174 rumah ibadat bukan Islam akan dibuka semula


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membenarkan 174 rumah ibadat bukan Islam yang berada di zon hijau dibuka semula bermula 10 Jun depan.

Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan pada Khamis memberitahu, keputusan itu diambil dalam mesyuarat pada 21 Mei lalu yang membenarkan rumah-rumah ibadat itu beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) Ibadat Dalam Zon Hijau.

Bagaimanapun, kata kenyataan itu, pelaksanaan upacara keagamaan di rumah ibadat berkenaan hanya dihadkan kepada 30 orang dan bergantung kepada saiz keluasannya.



"Pelaksanaan sebarang upacara perkahwinan di kuil, gereja atau persatuan agama adalah ditangguhkan sehingga 31 Julai," jelas kenyataan itu di sini, pada Khamis.

Tambah kenyataan itu, pembukaan rumah ibadat yang lain perlu dipohon melalui badan agama masing-masing yang dikemukakan kepada Kementerian Perpaduan Negara mengikut prosedur yang ditetapkan selepas 10 Jun depan.

Permohonan-permohonan yang diterima kata kenyataan itu, akan dibawa pihak kementerian dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk kelulusan dari semasa ke semasa. -AstroAwani