Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

100 Hari Perikatan Nasional vs 100 Hari Pakatan Harapan



100 HARI Perikatan Nasional (PN) versus 100 HARI Pakatan Haraan (PH)

1. Rata-rata rakyat mulai gembira dengan pentadbiran kerajaan PN, manakala kerajaan PH, rakyat mulai rasa sangsi dan kecewa.

2. PH mulakan 100 hari dengan memungkiri 10 janji manifesto, manakala PN pula umumkan puluhan inisiatif untuk rakyat.

3. PH memasyhurkan istilah 'takkan hari ini kahwin, esok dah beranak', manakala PN pula masyhurkan nama rakyat anak beranak 'Mak Cik Kiah dan keluarga' sebagai inspirasi kebangkitan.

4. PH juga masyhurkan 'janji bukan kitab suci', manakala PN pula bentangkan PRIHATIN, PRIHATIN PKS dan PENJANA.



5. Penyampaian maklumat dan jawapan dari Menteri PH bersimpang siur, Menteri PN agak teratur dan tersusun proses penyampaian kepada rakyat.

6. Zaman PH, LGBT mulai tunjuk belang. Zaman PN, tiada lagi kedengaran isu LGBT.

7. PH ada Menteri Kewangan yang kepeningan menguruskan negara (selalu cakap tiada duit dan banyak hutang), PN ada Menteri Kewangan yang setakat ini amat cekap menyusun pelan dan pengagihan kepada rakyat.

8. Nilai ringgit dan pelaburan amat membimbangkan dizaman PH, dapat ke PN pelaburan ibarat bernafas semula.



9. Kerja mudah kerajaan PH adalah salahkan kerajaan terdahulu jika gagal selesaikan sesuatu isu, berbeza kerajaan PN fokus kepada pemulihan COVID19 dan ekonomi rakyat.

10. 100 hari PN berkebetulan selang sehari dengan hari keputeraan KDYMM YDPA. Bahkan kebijaksanaan YDPA lah yang menatijahkan negara kita keluar dari kemelut politik negara. Hasilnya membentuk Kerajaan PN.

Itulah dahulu ringkas-ringkas dan mudah faham pasal beza dua kerajaan nie.

Dah tu, nak balik dengan kerajaan PH ke sahabat-sahabat? Taubat tak mau.

oleh: Ahmad Fahmi Mokhtar

BACA: Anwar pertimbang tawar jawatan Timbalan PM kepada Mukhriz