Berita UMNO isytihar keluar PN adalah fitnah -Tok Mat
Sejak semalam tular keratan gambar sebuah artikel yang mengatakan UMNO isytihar keluar dari Perikatan Nasional (PN).
Keratan itu juga menyatakan keputusan itu dibuat setelah semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO bermesyuarat pada hari semalam.
Susulan itu, Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan telah mengeluarkan kenyataan bahawa berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat.
"Ini semua fitnah yang tak sudah-sudah nak memburukkan pemimpin UMNO" Ujar beliau di Facebook.
-Tun Carlos