Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bersatu singkir 3 lagi pemimpin Pro Pembangkang

 

Tiga pemimpin Bersatu di peringkat pusat dan negeri yang diketahui umum berpihak kepada Dr Mahathir Mohamad mendakawa telah dipecat oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Mereka adalah:

1- Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi.
2- Pengerusi Bersatu Pulau Pinang, Marzuki Yahya.
3- Timbalan Pengerusi Bersatu Kedah, Anuar Abdul Hamid.

Surat penamatan perkhidmatan ketiga-tiga mereka yang dilihat oleh Malaysiakini, bertarikh 2 Mei dan menggunakan kepala surat Presiden Bersatu. Ia ditandatangani oleh Muhyiddin selaku presiden parti dan pemangku pengerusi.



Ketika dihubungi oleh Malaysiakini hari ini, Marzuki berkata bahawa dia menerima surat itu melalui Whatsapp dari setiausaha kerja Bersatu, Suhaimi Yahya semalam, sementara Anuar pula berkata, bahawa dia menerima suratnya pagi ini.

Untuk rekod, Marzuki juga adalah Setiausaha Agung Bersatu tetapi dipecat oleh Muhyiddin baru-baru ini. Bagaimanapun, pemecatan itu tidak diiktiraf oleh Dr Mahathir yang mendakwa bahawa sebagai pengerusi perkara itu tidak dirujuk kepadanya.

Marzuki berkata bahawa dia percaya bahawa pemecatan itu dibuat untuk menyingkirkan pemimpin parti yang tidak sehaluan dengan Muhyiddin.



“Saya lihat pemberhentian ini tak lain kerana saya tak pendirian sama dengan presiden dan saya dapati mereka yang tak sama pendirian semua akan diambil tindakan,” katanya.

Marzuki juga mengesahkan bahawa Akhramsyah telah menerima surat yang sama, dan tidak faham mengapa Akhramsyah juga dipecat sedangkan beliau adalah salah satu daripada tujuh anggota pengasas parti itu.

“Dia pun mungkin pendirian sama dengan saya. Jadi mungkin ini adalah satu dari usaha-usaha untuk membersihkan parti supaya tak ada orang yang menentang.

“Jadi tidak ada demokrasi dalam parti,” katanya. -MKini