Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Cadang nama Anwar jadi PM, dia tolak. Cadang nama anak, dia OK je" -Najib


Sejurus selepas bekas perdana Menteri ke 7, Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan bahawa bukan dia yang setuju untuk cadang nama anaknya Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri 2, DS Najib Razak telah memuat naik komen beliau di Facebook.

Menurut Mahathir, cadangan untuk calonkan anaknya itu menjadi TPM bukan daripadanya. Ia adalah kenyataan bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

"Cadang nama anwar jadi PM, dia tolak. Cadang nama anak dia jadi TPM, dia OK je..."komen Najib sinis di satu postingnya.

komen Najib di posting beliau sendiri

Di dalam posting terbaru Najib, beliau dengan nada menyindir mempersoal kenapa Mat Sabu dan Lim Guan Eng memaksa Mahathir mencalonkan anaknya.

"Rupanya ianya salah Guan Eng dan Mat Sabu kenapa anak dia diangkat jadi calon Timbalan Perdana Menteri."

"PM7 pun tak mahu anak dia diangkat, buat apa korang berdua paksa dia? Jahat betul si Guan Eng dan Mat Sabu!" sindir Najib.

Kenapa Mahathir letak jawatan Pengerusi PETRONAS?

Di dalam posting itu, Najib juga mempersoal Mahathir kenapa pada 2 Disember 2013 dahulu beliau amat marah kepadanya sehingga letak jawatan sebagai penasihat Petronas selepas anaknya kalah pemilihan Naib Presiden UMNO.


"Cuba tanya PM7 kenapa dia marah pada saya sehingga letak jawatan penasihat PETRONAS pada 2 Disember 2013, iaitu semasa perhimpunan Agong UMNO 2013, selepas anak dia kalah pemilihan Naib Presiden UMNO dengan alasan dia sakit dan terlalu tua." soal Najib
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-mahathir-lepaskan-jawatan-penasihat-petronas-26289

"Dan kenapa setelah dia letak jawatan penasihat Petronas dengan alasan dia sakit dan terlalu tua, dia pula mengambil jawatan Pengerusi Eksekutif Proton dan Lotus lima bulan kemudian?" soal Najib lagi
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-dr-mahathir-dilantik-pengerusi-proton-dan-lotus-36253

"Memang tabiat dia untuk letak jawatan apabila dia terlalu marah"ujar Najib mengakhiri posting beliau.

-Tun Carlos

Rupanya ianya salah Guan Eng dan Mat Sabu kenapa anak dia diangkat jadi calon Timbalan Perdana Menteri. PM7 pun tak...
Posted by Najib Razak on Sunday, 28 June 2020