Cadangan penubuhan parti "Reformasi Bersatu Negara" tular, didakwa gantikan Bersatu
Sejak hari ini telah tular satu dokumen mengenai cadangan penubuhan sebuah parti baru yang diberi nama " Parti Reformasi Bersatu Negara".
Alamat berdaftar parti tersebut adalah di Jalan PJS 52 Tingkat 8 Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, Selangor.
Menurut dokumen yang tular tersebut, ia menyenaraikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi parti, Azmin Ali sebagai Ketua Umum, Hishamuddin Hussein sebagai Presiden Parti.
Ada juga beberapa Ahli Parlimen daripada UMNO yang berada di dalam kabinet kerajaan telah disenarai di dalam parti tersebut iaitu Dato Sri Ismail Sabri dan Dato Seri Reezal Merican.
Setakat ini masih belum ada apa-apa lagi kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak yang didakwa terlibat menganggotai parti ini bagi memastikan kesahihan mengenai penubuhan tersebut.
Berikut adalah tangkap layar dokumen yang tular itu:
-Tun Carlos