Curilah banyak mana pun ahli Parlimen, PH hanya ada 2 pilihan sahaja -Najib
Hari ini penyokong Pakatan Harapan bersorak gembira setelah mendapat tahu mengenai berita Timbalan Menteri Kerja Raya mengumumkan untuk meletakkan jawatan.
Tetapi kegembiraan mereka terbantut setelah menyedari ia hanyalah kegembiraan sementara kerana apa yang diulaskan oleh bekas Perdana Menteri DS Najib Razak mempunyai kebenarannya jika PH berjaya "mencuri" seberapa banyak ahli parlimen Perikatan Nasional..
ULASAN NAJIB:
Saya percaya emosi penyokong Pakatan Harapan PH semasa membaca surat Timbalan Menteri Kerja Raya yang letak jawatan ini seperti penyokong Christiano Ronaldo CR7 melihat pengadil menghadiahkan sepakan penalti kemenangan pada minit akhir tetapi Ronaldo sepak terkena tiang pulak.
Sebab itu, ramai rakyat telah muak dengan drama perebutan kuasa PH setiap hari pada masa krisis Covid ini.
Penyelesaiannya cuma ini:
Pertama: PH keluarkan sekurang-kurangnya 112 Akuan Bersumpah (SD) ahli parlimen untuk tumbangkan kerajaan PN dan menghadapi risiko parlimen mungkin dibubar serta-merta supaya kestabilan kerajaan dapat dipulihkan.
ataupun
Kedua: PH tunggu sehingga PRU15 untuk bertanding dan menang.
Hari ini, kerajaan umum 277 kes Covid baru (walaupun majoriti adalah bukan warganegara) pada masa imbangan perdagangan antarabangsa untuk bulan April 2020 kita diumukan telah jatuh menjadi negatif (defisit) buat kali pertama sejak tahun 1997 setelah negara mencatat lebihan (surplus) selama 269 bulan berturut-turut.
Cabaran krisis Covid dan ekonomi yang dihadapi negara masih sangat merisaukan.
sumber: FB Najib Razak