Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Halang Anwar jadi PM, tujuan utama Mahathir masih bersama PH


ULASAN: Senang sahaja nak faham kelakuan Dr Mahathir ini. Fahami motif atau tujuan terbesar beliau.

Semua orang tahu, beliau tidak mahu Anwar menjadi PM kerana takut Anwar membalas dendam. Beliau tidak sesekali akan mempercayai Anwar.

Jadi, apa-apa yang Dr Mahathir lakukan, walaupun zahirnya beliau menyokong Anwar jadi PM, sebenarnya beliau tidak mahu Anwar jadi PM.

Maka, apa yang beliau lakukan sekarang adalah tindakan yang tepat untuk mematikan terus peluang Anwar jadi PM.



Dr Mahathir berada di sebelah PH adalah kerana beliau mahu menghalang Anwar Ibrahim menjadi PM.

Dr Mahathir tahu Anwar mungkin berjaya mempengaruhi atau membeli ahli-ahli parlimen agar melompat parti, dan akibatnya kerajaan PN akan runtuh.

Jika Dr Mahathir berada di sebelah PN, beliau mungkin tersungkur bersama PN di tangan Anwar. Dr Mahathir tahu ahli-ahli parlimen ini tidak boleh dipercayai, bila-bila masa sahaja boleh melompat jika mendengar janji-janji manis Anwar.

Dan jika Mahathir kekal bersama PH, beliau akan memecahkan PH kepada dua kumpulan, Mahathir dan Anwar. Maka, tidak akan ada persepakatan untuk mengangkat Anwar sebagai PM kerana adanya Mahathir.



Jadi, dalam keadaan ini, beliau telah menjadi duri dalam daging kepada Anwar dan PH.

Beliau akan terus bersaing dengan Anwar di dalam PH, sementara menunggu TSMY menyelesaikan masalah dalam PN (perebutan dan pembahagian kerusi antara PPBM, UMNO dan PAS) sebelum PRU15.

Selepas itu, jika PH kalah pun, bagi Dr Mahathir, “peduli apa aku, asalkan Anwar tidak menjadi PM.”

Oleh: Azman Hussin (Penulis dan pemerhati politik)