Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Haram dipakai, dUCk tarik balik jualan tali leher Marvel


Sempena sambutan Hari Bapa yang bakal menjelang tiba, jenama dUCk telah melancarkan kolaborasi eksklusif Marvel x dUCk iaitu hadir dengan aksesori tali leher premium semalam.

Rata-rata peminat jenama tersebut mula membeli koleksi tali leher tersebut dengan harganya yang bukan murah, RM300 sehelai.

Akan tetapi, apa yang menjadi buah mulut netizen apabila bahan yang digunakan iaitu 100% kain sutera yang haram dipakai oleh lelaki beragama Islam.

Rata-rata netizen kecewa dengan sikap Vivy Yusof yang menerajui jenama itu yang tidak peka dengan kehendak dan larangan oleh agama yang dianutinya sendiri.

Setelah teruk dikecam, difahamkan pihak dUCk terpaksa menghentikan penjualan tali leher tersebut dan akan mengembalikan semula wang pembayaran yang telah dibuat oleh pembeli.


Pihak dUCk juga telah memohon maaf kerana terlepas pandang pilihan bahan pembuatan tali leher terbabit.

Malah, tali leher tersebut akan diberi kepada petugas barisan hadapan lelaki bukan Islam sempena sambutan Hari Bapa yang bakal menjelang tiba.

Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Sewajarnya pihak dUCk tidak terlepas pandang perkara ini kerana ia melibatkan agama Islam dan bahkan pemilik syarikat jenama dUCk juga beragama Islam.

– Cinca