Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hari Terakhir Kes SRC: Pihak pembelaan berjaya buktikan Najib adalah mangsa "scam"


KUALA LUMPUR: Hari ini adalah hari terakhir untuk pihak pembelaan membuat penggulungan mengenai kes SRC International yang diketuai oleh Tan Sri Shafee Abdullah.

Semalam Shafee menegaskan bahawa anak guamnya iaitu Najib Razak adalah mangsa penipuan (victim of scam) Jho Low, rakan subahatnya di dalam bank dan juga pengurusan tertinggi SRC.

Jelas Najib ditunjukkan keadaan yang tidak tepat "misreprensation" (penyelewengan) oleh lembaga pengarah SRC mengenai operasi syarikat dan juga pihak Ambank mengenai akaun beliau.



Contoh misreprensation (penyelewengan) oleh pihak bank adalah, apabila akaun atas nama Najib Razak menunjukkan redflag atau overdrawn, pihak bank melalui Joanna Yu tidak memaklumkan kepada Najib tetapi kepada Jho Low yang bukan pegawai yang diberi kuasa kepada akaun-akaun beliau.

Najib Razak tiba di Mahkamah Duta pagi tadi
Logiknya, jika tidak dimaklumkan oleh bank, bagaimana Najib Razak tahu jumlah sebenar di dalam akaun beliau? Untuk pengetahuan, akaun tersebut adalah untuk tujuan CSR (tanggungjawab sosial korporat).

Shafee turut merujuk dan membacakan penghakiman bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim yang berbunyi;


"Jika anda terima atau mempercayai penjelasan tertuduh, bebaskan beliau. Jika anda tidak menerima atau mempercayai penjelasan tertuduh tetapi tetap menimbulkan keraguan munasabah mengenai kesalahannya, mohon bebaskan beliau.

"Saya rasa ini adalah prinsip yang harus diingat dengan baik. Saya yakin Yang Arif mempunyai pertimbangan yang baik dalam hal ini."

Perbicaraan ini adalah sukar kerana menurut Shafee kerana anak guamnya adalah bekas Perdana Menteri dan amat terdedah kepada perbicaraan awam (public trial).

Keputusan kes SRC International tidak akan diputuskan pada hari ini.

Sumber: RF Lias