Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu bil TNB, keputusan sudah dibuat dan rakyat mesti diberi pembelaan -Menteri Tenaga

YB Dato Dr Shamsul Anuar Nasarah

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), YB Dato Dr Shamsul Anuar Nasarah, TNB telah mengemukakan cadangan berkaitan isu bil elektrik kepada KeTSA dalam mesyuarat pada Selasa, 16 Jun 2020.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Ketua Setiausaha (KSU) KeTSA, Timbalan Ketua Usaha TKSU ( Tenaga ) dan pegawai kanan KeTSA.

Suruhanjaya Tenaga ( ST ) juga hadir bagi meneliti dan membuat penilaian mengenai cadangan TNB.

Mesyuarat membuat keputusan meminta TNB mengemukakan semula cadangan termasuk pandangan KeTSA mengenai isu kenaikan bil elektrik ini dengan mengambil kira semua aspek.



"Saya amat hormati dan hargai pandangan rakyat. Pandangan atau kritikan yang diberi oleh pelbagai pihak, saya dan KeTSA melihatnya sebagai usaha membantu kementerian saya memberikan yang terbaik untuk rakyat."

"Dalam apa keadaan pun keutamaan kerajaan dan saya adalah RAKYAT. Rakyat mesti diberikan pembelaan."

"Keputusan yang diperolehi pada semalam 16 Jun, akan diangkat kepada YAB Perdana Menteri dalam kadar segera."ujar Shamsul Anuar

-Tun Carlos

Mesyuarat Menteri KeTSA bersama TNB kelmarin