Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Kami sudah siap siaga untuk PRU15, anda sudah bersedia bersama kami? "


Di tengah-tengah keadaan politik negara yang tidak stabil akibat masalah yang ditimbulkan oleh bekas Perdana Menteri ke-7 iaitu Tun Mahathir, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi isyarat partinya telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU ke-15.

Kesediaan itu dinyatakannya selepas menerima kunjungan bekas perdana menteri Najib Razak di kediamannya malam tadi.

"Kami sudah siap siaga untuk PRU15. Adakah anda semua sudah bersedia bersama kami?" katanya di Facebook hari ini.



Kenyataan itu di saat kemelut peringkat Persekutuan yang masih berterusan, dengan PH, Dr Mahathir Mohamad dan Warisan mendakwa memiliki majoriti untuk merebut kembali kuasa dari Perikatan Nasional (PN).

PN mengambil alih Putrajaya pada Mac lalu setelah Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar dari PH untuk membentuk kerjasama baru dengan Umno, BN dan PAS, dengan sokongan GPS.

YDB Agong sudah bertitah bahawa keadaan politik dan kerajaan perlu stabil. Baginda menggesa ahli-ahli politik supaya jangan timbulkan lagi kemelut politik pada masa krisis ekonomi dan kesihatan yang paling besar negara dan dunia pernah hadapi.



Tapi ahli politik PH terutamanya Mahathir masih mahu jatuhkan kerajaan dengan membeli ahli Parlimen PN

Jika PH sudah cukup nombor pun, nombor itu adalah tipis dan kerajaan PH 2.0 adalah kurang stabil. Jika lompat seorang-dua lagi ahli parlimen ke PN, kerajaan akan bertukar tangan lagi.

Oleh itu, YDP Agong boleh gunakan kebijaksanaan dan kuasa baginda untuk bubarkan parlimen bagi menyelesaian masalah ketidakstabilan politik negara.

Adakah rakyat sudah bersedia untuk bersama-sama BN PAS bagi menstabilkan semula politik negara?

BACA: PH berada di hujung tanduk, 30 kerusi akan lebur

-Tun Carlos