Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kebanyakan siksa kubur disebabkan oleh air kencing... ramai tak tahu


Ibnu Abbas ra mengisahkan bahawa suatu hari Rasulullah saw melintasi dua makam, lalu beliau berkata, “Sesungguhnya mereka berdua sedang diseksa, mereka bedua diseksa bukan disebabkan melakukan dosa besar.

Salah satu daripada mereka diseksa kerana TIDAK CUCI SAMPAI BERSIH SAAT BERSUCI dari BUANG AIR KECIL.

Seorang perempuan Yahudi menemui Aisyah seraya berkata,“Sesungguhnya azab kubur itu disebabkan air kencing.”

Mendengar perkataannya, Aisyah berkata, “Engkau bohong.”

Perempuan Yahudi itu menjelaskan, “Kerana air kencing itu mengenai kulit dan pakaian.”



Kemudian Rasulullah saw keluar untuk mengerjakan solat, sedangkan suara kami semakin keras terdengar.

Mendengar perbualan mereka Rasulullah saw bertanya, “Ada apa ini?”

Aisyah pun meceritakan kepadanya apa yang telah dikatakan oleh perempuan Yahudi tadi, selepas Rasulullah saw bersabda, “Dia memang benar.”

Abdul Rahman bin Hasaah mendengar Rasulullah saw bertanya, “Tahukah kamu apa yang telah menimpa salah seorang Bani Israil?

Dulu, saat mereka terkena air kencing, mereka akan membersihkannya dengan memotong pakaian yang terkena percikan air kencing tersebut.



Melihat perbuatan ini, orang itu melarang mereka, maka dia pun diazab dalam kuburnya.
Dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Huraihah ra secara mauquf, Rasulullah saw bersabda,

“Kebanyakan siksa kubur itu disebabkan air kencing.”

Pada suatu malam Abdullah bin Umar pergi ke rumah seorang perempuan tua yang berhampiran tanah perkuburan. Lalu dia mendengar suara lirih yang berkata,

“Kencing, apa itu kencing? Gayung, apa itu gayung?”

Abdullah bin Umar pun berkata, “Celaka apa yang telah terjadi?”



Perempuan tua itu menjawab, “Itu adalah suara suamiku yang tidak pernah bersuci dari buang air kecil. “Mendengar penjelasan tersebut, Abdullah bin Umar berkata,

“Celakalah dia! Unta sahaja kalau kencing bersuci, tapi dia malah tidak peduli.?"

Perempuan tua itu kembali menceritakan kisah keatian suaminya.

"Ketika suamiku sedang duduk, ada seorang lelaki mendatanginya seraya berkata, “Berilah aku minum, aku sangat haus. “Suamiku malah berkata,” Engkau bawa gayung, sedangkan gayung kami bergantung.



“Orang itu berkata,” Wahai tuan, berilah aku minum, aku hampir mati kehausan. “Suamiku berkata,” Engkau bawa gayung.”

Akhirnya lelaki yang meminta air untuk minum itu meninggal dunia. Setelah itu, suamiku juga meninggal dunia. Namun sejak hari pertama dia meninggal dunia, seringkali terdengar suara suamiku dari arah perkuburan,

“Kencing, apa itu kencing? Gayung, apa itu gayung?”

Nauzubillah min dzalik, ternyata perkara kecil saja boleh menyebabkan kita mendapat siksa kubur ya?

Banyak orang memandang remeh bersuci selepas buang air kecil (kurang bersih bahkan tidak bersuci sama sekali), padahal hal yang remeh itu boleh menjadi malapetaka ketika kita masuk pada Alam Barzakh.

Ulama mengatakan kalau seseorang muslim kencing, dianjurkan melakukan beberapa hal,



Yang pertama, pastikan kencing dalam posisi duduk kalau mampu. Sebagaimana Nabi saw menganjurkan supaya lelaki dan perempuan kencing dalam posisi duduk. Duduk ini bagi memastikan seluruh urat saraf yang tertuju ke kemaluan tidak akan tegang, dan akan memudahkan untuk tidak terpercik sehingga menjadi penyebab najis. Jika tidak solat tidak akan diterima. Jika tidak mampu untuk duduk atau berdiri, pastikan tidak terkena percikan.

Yang kedua, apabila selesai kencing jangan tergesa-gesa. Berusaha untuk batuk (berdehem) sehingga memastikan titis terakhir kencing menitis keluar kesemuanya.

Yang ketiga, tidak boleh kencing sebarangan di mana-mana tempat seperti di tepi jalan, tangga dan dan sebagainya.

sumber: ilmutakzirah.com