Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kedai gunting, salon kecantikan dan pasar malam dibenarkan beroperasi 10 Jun



Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bahawa kedai gunting rambut dan salun kecantikan akan dibenarkan dibuka semula bermula 10 Jun.

Begitu juga, katanya, pasar malam, bazar dan gerai pasar terbuka yang serupa akan dibenarkan untuk dibuka semula mulai 15 Jun.


Ismail mengakui bahawa mungkin ada kebimbangan berhubung perkembangna itu namun beliau yakin akan ada garis panduan yang ketat.

"Kami akan mengambil tindakan sekiranya mereka tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP)," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.