Lepas block, Tun Mahathir delete lebih 4000 komen netizen -Najib
Setelah semalaman Tun Mahathir bertungkus-lumus block (sekat) akaun-akaun Facebook yang like komen jawapan Najib di posting beliau (Mahathir) yang bertajuk " Stealing Chickens", hari ini bekas Perdana Menteri DS Najib Razak mendedahkan Mahathir telah padam lebih dari 4000 komen netizen,
"Saya perhatikan jumlah komen di posting PM7 semalam naik dari 1,000 komen pagi ini ke 4,600 komen tengah hari tadi."
"Tetapi dah turun kembali ke 700 lebih sekarang."
"Pelik. Masalah teknikal Fesbuk kot. Ataupun Melayu tak malas?"sindir Najib
Saya perhatikan jumlah komen di posting PM7 semalam naik dari 1,000 komen pagi ini ke 4,600 komen tengah hari tadi....
Posted by Najib Razak on Wednesday, 24 June 2020
Jumlah komen di posting Mahathir awal malam semalam (23 Jun 2020) |
Semalam, Najib Razak menjawab persoalan dan cabaran Dr Mahathir Mohamad di posting facebook terbarunya untuk menyenaraikan bukti kontrak kerajaan kepada anak-anak dan kroninya yang sering diperkatakan orang hingg asekarang.
Tak cukup jawab di Facebooknya sendiri, Najib juga turut "copy paste" jawapannya di bahagian komen di posting Facebook Mahathir berserta dengan bukti surat kontrak-kontrak perjanjian.
Komen Najib mendapat ribuan Like dari netizen tapi rata-rata yang like komen tersebut telah di "block" (disekat) oleh admin FB Dr Mahathir.
Yang tinggal hanyalah komen dari penyokong Mahathir.
Ribuan netizen yang telah disekat tidak dapat komen dan juga "Like" di posting Dr. Mahathir
Setelah diperiksa, setakat jam 9 malam ini. jumlah komen yang tinggal di posting Mahathir adalah sebanyak 600 komen sahaja.
BACA: Dr Mahathir gelabah, block ribuan akaun FB yang "Like" dan sokong komen Najib
-Tun Carlos
Jumlah komen setakat jam 9 malam (24 Jun 2020) |