Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mahathir cadang tubuh "Parti AAD"


Di tengah perpecahan berterusan dalam Bersatu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah mencetuskan idea untuk membentuk sebuah lagi parti berasaskan Melayu.

Menulis di blognya, Mahathir yang baru sahaja dipecat dari menjadi ahli bersatu dan juga jawatan Pengerusi Bersatu, mengatakan parti baru itu akan dinamakan "Parti AAD".

"Banyak orang Melayu suka tubuh parti politik. Dahulu saya tubuh parti Pribumi Bersatu Malaysia. Sekarang parti sudah berpecah dua.



"Sebab itu saya ingin tubuh satu lagi parti politik Melayu. Nama parti ini ialah Parti AAD atau “Parti Apa Aku Dapat”.

"Tujuan: Memperkaya orang Melayu yang belum dapat.

"Cara: Melantik sebagai pegawai dalam badan-badan yang akan ditubuh khusus untuk memenuhi hasrat memberi pendapatan yang lumayan kepada mereka yang belum dapat dan yang ingin dapat banyak lagi.

"Jemputan: Siapa yang belum dapat boleh buat permohonan untuk jadi ahli, atau presiden, timbalan presiden, naib presiden dan lain-lain.

"Yuran: Tidak perlu," tulisnya.



Tulisan terbaru bekas Perdana Menteri yang bertujuan untuk menyindir itu sebaliknya mendapat pelbagai kecaman dan menjadi bahan jenaka netizen.

"Yuran tak perlu sebab nanti boleh suruh rakyat bagi derma, macam haritu la. Takkan tak biasa." ujar Saiful Azwar Ya'acob

Ramai juga yang menyarankan Mahathir menukar maksud nama parti AAD kepada parti "Anak Aku Dapat".

"Dulu dok dalam UMNO pecah belahkan UMNO, sampai tertubuh Semangat 46, lepas tu pecat Anwar wujud pula PKR, lepas tu tak puas hati dengan Najib hang tubuh pula PPBM, sekarang tak puas hati lagi dengan Muhyiddin nak tubuh parti baru pulak...Hang Madet memang Bapa Pemecah belah Melayu & Islam la. Masa jadi Presiden UMNO setiap masa hasut orang UMNO untuk benci PAS...pecah belah lagii!!" -ujar Azman Haj



"Parti Tun je hebat. Rehat la Tun. Dunia ni sementara. Akhirat tu yg utama. Tengok Pak Lah tenang je... tak payah fikir hal dunia sangat Tun." -ujar Dhiyauddin Daniel

"Tun, ini bukan level Tun..Tun mempunyai level yang tinggi...bukan status yg mcm ini." ujar Husni Hassaan

"Mcm tak kena je nama tu. Tun tambah lagi satu "A"  jadi "AAAD" APA ANAK AKU DAPAT..baru betul." ujar Niejang TwinArch.

"Contohilah DSNR.. di kala beliau dibuang oleh partinya.. hilang segala pngkat dan kuasa.. beliau tetap berdiri teguh bersama partinya.. kerana sayang dan cintanya pd parti yg menyatukan bangsa Melayu. Beliau tidak mengajak bangsanya berpecah belah dgn menubuhkn pelbagai parti baru. Beliau yakin Allah itu ada. Kejatuhannya membuka mata semua rakyat yg tidak membutakan hati mereka menerima kebenaran bahawa DSRN mmg berjiwa Melayu. Menjadikan Melayu itu membangun setaraf dgn bangsa lain. Tidak spt Tun yg memperlekehkn bangsa Melayu sbg pemalas dan haprak. Contohilah peribadi DSRN wahai Tun." ujar Zailah Nasir.

Tulisan terbaru Mahathir itu juga mendapat perhatian DS Najib Razak.

BACA: Ungkapan "Melayu Pemalas" adalah kesilapan Mahathir dan PH -Anwar

-Tun Carlos