Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mungkin Anwar ada masalah dengan saya -Mahathir


PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tiada masalah dengan Anwar. Mungkin dia ada masalah dengan saya.

"Itu kamu (media) kena tanya dia (Anwar)," katanya pada sidang media di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.


Terdahulu beliau ditanya sama ada mempunyai sebarang masalah dengan Ketua Pembangkang tersebut berikutan tiada kelibatnya dalam perjumpaan Anwar bersama beberapa pemimpin Pakatan Harapan semalam.

Semalam, Anwar menerusi laman Facebook miliknyaa memuat naik beberapa gambar pertemuan dengan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Anthony Loke dengan keterangan gambar, "Insya-ALLAH perubahan besar dalam masa terdekat."

Mahathir juga berkata beliau tidak mahu menjadi perdana menteri sekali lagi, tetapi akan memegang jawatan itu jika diminta untuk sementara waktu. – Sinar