Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Naib Presiden Warisan didakwa terlibat gubah wang haram berjumlah RM8.75 juta



MENTERI Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu bagi menghadapi pertuduhan berhubung pengubahan wang haram berjumlah RM8.75 juta membabitkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Peter yang berpakaian sut hitam tiba pada 8.15 pagi dengan ditemani peguamnya Martin Tommy.

Hanya tiga wakil media termasuk Bernama dibenarkan masuk ke bilik bicara untuk mengikuti prosiding berkenaan, manakala pengamal media lain menunggu perkembangan di luar mahkamah.



Langkah itu bertujuan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan normal baharu menerusi amalan penjarakan sosial bagi mengekang penularan Covid-19.

Suasana di sekitar Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu setakat ini masih terkawal dan tinjauan mendapati pasukan polis bertugas mengawal kelancaran perjalanan prosiding selain memastikan semua penyokong mematuhi penjarakan sosial dan tidak berkumpul.

Semalam, Peter tampil di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah bagi memberi keterangan tiga jam berhubung kes itu.



Sebelum itu, beliau turut disiasat oleh SPRM Sabah pada Selasa mengenai beberapa projek berkaitan kerajaan negeri susulan terdapat laporan dibuat oleh pihak tertentu.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap adalah seorang kontraktor sebelum beliau menceburi arena politik secara serius pada 2018 dengan menjadi wakil rakyat bagi kawasan berkenaan. – Hmetro