Pembantu peribadi Syed Saddiq dakwa kononnya pegawai SPRM mengasari dan menghinanya
Berikutan sidang media bekas Perdana Menteri Tun Mahathir malam tadi, anggota Pemuda Bersatu, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin menunjukkan kepada media laporan polis yang dibuatnya dengan mendakwa dia dan ahli parti lain disoal siasat secara berasingan selama beberapa jam oleh SPRM pagi ini.
Adam juga merupakan pegawai media Mahathir.
Sementara itu Siti Nurul Hidayah, pembantu peribadi bekas Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, juga mendakwa beliau telah diperlakukan secara tidak adil ketika disoal siasat oleh pegawai SPRM.
Menurut laporan polisnya, Siti mengatakan beliau telah dipanggil untuk disoal sebanyak tiga kali sejak April.
Siti mendakwa pegawai SPRM telah merampas telefon bimbitnya, melemparkan telefon kepadanya, menggunakan kata-kata kesat terhadapnya seperti babi dan bodoh, mengancam untuk menamparnya, menendang kerusi dan mematikan lampu semasa sesi soal jawab.
Siti mendakwa dia dipaksa menjawab soalan mengenai kehidupan peribadi Syed Saddiq dan percaya taktik pegawai berkenaan adalah untuk menekannya supaya mengakui maklumat yang melibatkan bekas menteri berkenaan.
Mengikut rekod, siasatan yang dilakukan SPRM tidaklah setegas seperti siasatan PDRM. Sebelum ini pun semua yang tertuduh walaupun bukan di pihak Kerajaan dilayan dengan cukup baik dan professional oleh pegawai-pegawai SPRM.
Inilah kali pertama cerita yang sukar dipercayai seperti ini keluar. Tetapi tidak hairan jika ia keluar dari mulut budak-budak jagaan Tun Mahathir.
Syed Saddiq sendiri pun pernah membuat laporan palsu kononnya tisunya tercedera ketika exco Pemuda UMNO memegang bahunya ketika PRK Tanjung Piai sewaktu ketika dulu.
SPRM akan memberi penjelasan mungkin pada esok hari
-Tun Carlos