Pemimpin PH meroyan bila Ahli Parlimen mereka ditahan, mana slogan berani kerana benar?
Takut disoalsiasat berkaitan mengenai salah laku ketika memegang tampuk kerajaan lalu, Pakatan Harapan (PH) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengecam tindakan Kerajaan menggunakan pihak berkuasa kononnya untuk menakut-nakutkan ahli parlimen pembangkang selain cuba menimbulkan persepsi negatif.
Kenyataan itu dibuat setelah desakan daripada Pemuda UMNO yang menggesa pihak Kerajaan segera jalankan siasatan mengenai salahguna kuasa di dalam Tabung Haji ketika PH masih kerajaan.
Dalam satu kenyataan, Majlis Setiausaha PH berkata kerajaan PN sepatutnya lebih matang dan terbuka dalam menangani perbezaan politik.
"Majlis Setiausaha PH mengambil maklum siri tindakan di mana ahli-ahli Parlimen pembangkang termasuk dari PH telah dipanggil pihak berkuasa untuk disoal siasat.
"Ada kalanya tindakan-tindakan ini bersekali laporan-laporan media yang menimbulkan persepsi tertentu terhadap individu-individu tersebut.
"Majlis Setiausaha PH berpandangan bahawa tindakan-tindakan ini adalah satu bentuk intimidasi (ugutan) terhadap musuh politik. Kami mengecam keras tindakan-tindakan intimidasi ini," kata kenyataan itu.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan bersama membabitkan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, Pengarah Komunikasi Parti Amanah, Khalid Samad dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook.
Antara pemimpin pembangkang yang ketika ini yang sedang disiasat pihak berkuasa, adalah Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Peter Anthony.
Beliau dijangka dituduh di Mahkamah Kota Kinabalu esok.
Peter yang memaklumkan pertuduhan mungkin berhubung pengubahan wang haram melibatkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) antara 2012 dan 2013.
Empat hari lalu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dipanggil ke Bukit Aman, bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya didakwa berunsur hasutan dalam temu bual bersama sebuah stesen televisyen antarabangsa.
Ahli Parlimen Muar itu dalam temu bual yang disertainya pada Mac lalu yang mengkritik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN.
Syed Saddiq berkata Bukit Aman memaklumkan kepadanya pada 13 Jun bahawa dia disiasat kerana beberapa kenyataannya yang berunsur fitnah dan menghasut semasa temubual di dalam program Al Jazeera, UpFront pada 6 Mac lalu.
Menurut kenyataan PH lagi, tindakan kerajaan PN itu hanya akan mewujudkan persepsi negatif terhadap politik dan demokrasi Malaysia di mata dunia.
Oleh Majlis Setiausaha PH menggesa agar tindakan-tindakan intimidasi ini dihentikan serta-merta.
Pihak PN seharusnya lebih matang dan terbuka dalam menangani pendirian politik yang berbeza dari yang dipegang Perikatan Nasional itu sendiri.
"Demokrasi di Malaysia harus dipertahan dan diselamatkan dari piihak yang ingin merosakkan keadaan demi kepentingan peribadi dan kelompok politik mereka," kata kenyataan itu.
MP UMNO dan aktivis media sosial UMNO juga banyak kali disoalsiasat ketika zman PH
Untuk rekod, ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan, ahli-ahli parlimen termasuk aktivis media sosial pro UMNO juga banyak dipanggil pihak berkuasa untuk disoal siasat mengenai pelbagai isu walaupun mereka tidak berjaya dibuktikan bersalah.
Lihatlah saja betapa banyak kes dan pemimpin-pemimpin UMNO dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan yang langsung tak masuk akal.
Paling yang rakyat tidak dapat lupakan apabila Ketua SPRM ketika itu Latheefa Koya mendedahkan pita rakaman perbualan antara DS Najib Razak dan juga kerabat diraja UAE. Tindakan Latheefa Koya membawa padah apabila dia pula dikritik oleh pelbagai pihak termasuk peguam Tun Mahathir sendiri yang mengkritik tindakan mendedahkan perbualan peribadi bekas pemimpin negara.
Walaupun begitu, UMNO dan pembangkang ketika itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi seperti apa yang PH lakukan sekarang.
Kenapa PH begitu takut untuk disoal-siasat? Dimanakah slogan berani kerana benar yang sering dilaung-laungkan dahulu?
-Tun Carlos