Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pemuda PH buat laporan SPRM ke atas PM Muhyiddin


Laporan dibuat terhadap Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini susulan munculnya rakaman suara mirip Muhyiddin Yassin yang mencadangkan anggota parlimen Umno 'dipikat' dengan jawatan menteri atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk bergabung dengan Bersatu.

Audio berkenaan dibocorkan oleh laman Facebook yang menyokong Dr Mahathir Mohamad dan dikatakan dirakam dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu pada 23 Februari lalu.

Dalam sidang media di luar perkarangan SPRM, Putrajaya, Timbalan Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd berkata dalam audio tersebut jelas kerajaan Perikatan Nasional (PN) membahagi jawatan menteri dan GLC seperti yang disebut dalam rakaman itu.


“PN mengagihkan jawatan ini ala adegan perompak dalam filem Nujum Pak Belalang, membahagikan harta rompakan, ‘satu untuk kau, satu untuk aku’, ‘jawatan untuk kau, sokongan untuk aku’,” katanya.

Turut hadir ialah ketua Pemuda DAP, Howard Lee serta exco Pemuda Bersatu, Abu Hafiz Salleh Hudin.

Bagaimanapun, tidak ada wakil PKR yang hadir.


Dalam rakaman audio yang tersebar di media sosial Sabtu lepas, Muhyiddin didakwa merancang untuk menawarkan kepada pemimpin Umno jawatan dalam kabinet dan GLC.

Rakaman itu didakwa dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada 23 Februari, sehari sebelum Dr Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu.

-MalaysiaKini