Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PM harap youtubers Sugu Pavithra dapat buka kedai makan



PERDANA Menteri meletakkan harapan agar semua pihak termasuk sektor swasta dan orang ramai memainkan peranan sebaik-baiknya dalam memanfaatkan 40 inisiatif yang diumumkan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

"Saya yakin segala usaha memulih dan merangsang ekonomi yang saya umumkan pada hari ini akan meningkatkan semula

keyakinan pelabur, peniaga dan rakyat seluruhnya untuk bersama-sama menjana ekonomi negara.


"Saya juga ingin memaklumkan sekali lagi, semua Pakej Rangsangan Ekonomi, termasuk langkah-langkah di bawah Penjana akan terus dipantau pelaksanaannya.

"Pasukan Laksana yang ditubuhkan di Kementerian Kewangan akan mempertingkat pemantauan terhadap semua inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

"Barisan Jemaah Menteri juga akan bekerja keras untuk memberi khidmat yang terbaik buat anda semua," katanya pada Perutusan Khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang disiarkan secara langsung di beberapa saluran televisyen hari ini.


Beliau berkata, usaha berkenaan juga diharap memberi manfaat kepada rakyat seperti pasangan Sugu dan Pavithra yang tular di media sosial bulan lalu.

"Mudah-mudahan mereka dapat meningkatkan kemahiran dan membuka kedai makan pada satu hari nanti.

-HarianMetro