Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Saifuddin nafi terlibat dengan penubuhan Parti Keadilan Negara


Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah hari ini, menafikan terlibat dengan penubuhan parti baru yang dikatakan diberi nama 'Parti Keadilan Negara' yang tular di laman sosial.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata beliau hanya mengetahui mengenai parti itu selepas seorang pegawainya menunjukkan ciapan di Twitter yang memaparkan gambar carta organisasi parti tersebut semalam.

"Saya hanya tahu mengenainya daripada media sosial. Saya tak tahu dan tidak terlibat dengan perbincangan parti baru. Pegawai saya yang tunjuk dan kata nama saya (diletakkan) sebagai setiausaha agung dalam carta organisasi itu," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pusat Internet Felda Chini 1 di Pekan, Pahang semasa ditanya mengenai dakwaan penubuhan 'parti' yang dikatakan diterajui seorang menteri kanan selain turut memaparkan beberapa nama kenamaan lain dalam 'carta organisasi' itu.

Sementara itu, pihak Dato Seri Hishammuddin Hussein yang dikatakan menjawat jawatan Presiden Parti itu telah menafikan perkara tersebut.

Menurut beliau, gambar yang tular sejak semalam mengenai carta organisasi Parti Keadilan Negara itu adalah palsu.

-Tun Carlos