Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Setelah video tular, Ustaz Mokhtar Senik dedah telefonnya digodam


Kisah mengenai Ustaz Mokhtar Senik minggu ni menjadi viral setelah didakwa mengganggu isteri orang apabila sebuah video yang diviralkan oleh suami mangsa menjadi tular di media sosial.

Menurut sumber, suami kepada isteri yang diganggu itu masih tidak melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai gangguan tersebut dan ini juga telah menimbulkan kemusykilan samada dakwaan itu benar atau tidak.

Semalam, Mokhtar Senik yang juga Anggota jawatankuasa pusat PAS mengumumkan bahawa beliau telah menjadi mangsa salahguna telefon oleh orang lain.


Beliau dalam posting di Facebook menasihatkan orang ramai berhati-hati terhadap penyalahgunaan nombor telefon masing-masing oleh pihak lain.

Ulama PAS itu mendedahkan beliau sendiri menjadi mangsa dan mendakwa terdapat pihak menggunakan nombor telefonnya tanpa sedar.

Katanya, perkara itu menyebabkan dia terpaksa menyekat dan menggunakan nombor telefon lain.

“Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Memandangkan nombor lama saya telah diguna oleh pihak lain tanpa sedar, maka saya berpindah ke nombor lain.


“Boleh jadi ada sahabat-sahabat yang call atau mesej atau Whatsapp ke nombor lama, pasti tidak ada yang menjawab. Kerana nombor itu telah saya block sepenuhnya,” katanya.

Menulis di Facebook, beliau berkata akan memaklumkan nombor telefon baru selepas ini.

“Sebelum ini saya banyak guna wifi sahaja untuk Whatsapp. Insya-Allah kita ketemu nanti,” katanya.

Mokhtar juga berkongsi rakaman video bagaimana akaun seseorang itu boleh dipautkan ke profil Facebook orang lain.

“Di bawah saya tunjukkan video mudah untuk kita berhati-hati. Bukan sahaja scammer tapi ramai lagi di luar sana,” katanya.

Sumber: FB Mokhtar Dup

Assalamualaikum...sahabat2 semua. Memandangkan no lama saya telah diguna oleh pihak lain tanpa sedar. Maka saya...
Posted by Mokhtar Dup on Wednesday, 24 June 2020