Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Shafie Apdal calon PM, Anwar Timbalan PM 1, Mukhriz Timbalan PM 2." -Mahathir


Rasmi, Tun Dr Mahathir mengumumkan di dalam satu video di Facebook beliau bagi mencadangkan Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan.

Beliau juga mencadangkan Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Mneteri 1 dan anaknya Mukhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.

Mahathir berkata, keputusan itu dibuat susulan pertemuan antara beliau dan penyokongnya dari Bersatu dengan pemimpin Amanah, Warisan dan DAP.

Jelas Mahathir, pertemuan itu juga mempersetujui agar Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Mukhriz Mahathir akan mengisi dua jawatan timbalan perdana menteri.



"Dalam perbincangan, saya terbuka kepada apa juga cadangan termasuk jika saya tidak dicalonkan sebagai bakal perdana menteri. Antara cadangan yang dikemukakan ialah pencalonan Shafie sebagai perdana menteri.

"Kami sebulat suara bersetuju agar Shafie dinamakan sebagai calon perdana menteri. Saya menyokong penuh cadangan ini. Yang penting ialah kita mempunyai sikap tegas supaya orang tahu mengenai pendirian kita," katanya.

BACA: Tolak politik tipu helah rebut kuasa kayakan sanak saudara -Anwar

video kenyataan rasmi: