Syed Saddiq meroyan, dakwa masa depan PNB akan gelap selepas cucu Mahathir berundur
Syed Saddiq Abdul Rahman mendakwa pengunduran Abdul Jalil Rasheed dari Permodalan Nasional Berhad (PNB) memperlihatkan betapa kerajaan hari ini lebih mengutamakan orang politik untuk menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Anggota Parlimen Muar itu berkata, pengunduran bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan PNB itu merupakan perkhabaran yang menyedihkan.
"Strategi dan cara pandang kerajaan hari ini dilihat lebih mengutamakan ahli politik menerajui GLC berbanding anak muda yang benar-benar layak menjaga aset negara.
"Mungkin pandangan kerajaan adalah Jalil masih muda. Atau Jalil tidak ada pandangan politik yang serupa.
"Apa-apa pun, apabila saya dengar cerita perberhentian ini, saya fikir yang menanggung rugi dan sakit akibat langkah ini bukannya Jalil, tetapi PNB dan strategi menguruskan aseet negara yang tergadai," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
Terdahulu Malaysiakini melaporkan, Abdul Jalil berkata beliau memilih "jalan sukar" untuk melepaskan jawatan, dan pada masa sama perlu berperang dengan hati nuraninya sendiri.
Beliau berkata demikian semasa sesi townhall (dialog awam) dengan kakitangan PNB bagi menjelaskan peletakan jawatannya, semalam.
Susulan itu juga, anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin, mendakwa ada usaha daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menjadikan PNB sebagai "gravy train" (menjana duit tanpa banyak berusaha).
Sanggup pulang untuk negara setelah dapat tahu akan dilantik CEO PNB
Beliau mendakwa ada usahawan bumiputera tertentu melobi kerajaan untuk memecat Abdul Jalil supaya mereka dapat memanfaatkan PNB demi keuntungan peribadi.
Syed Saddiq berkata, sekitar 2018 hingga 2019, kerajaan Pakatan Harapan (PH) giat melakukan reformasi institusi dalam pentadbiran negara.
Jelas bekas menteri belia dan sukan itu, PH bukan sahaja mengusahakan pembaharuan melibatkan Dewan Rakyat dan kementerian sahaja malah turut melakukannya terhadap GLC.
"Pertama, kita (PH) buka ruang mentadbir GLC kepada mereka yang benar-benar pakar dalam pelbagai bidang. Kedua, kita jemput dan angkat orang-orang muda Malaysia untuk berkhidmat dan mentadbir GLC.
"Apa yang kerajaan sedar waktu (itu) adalah sebenarnya ramai anak muda Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman luas dan syarikat multinasional di luar negara memang gemar mengambil anak Malaysia bekerja.
"Waktu ini jugalah nama Abdul Jalil Rasheed ditinjau oleh kerajaan. Berusia 38 tahun, Jalil berpengalaman dalam mengurus dan melaburkan aset di Asia Selatan berjumlah AS$1.2 di lebih 25 buah negara," katanya.
Tambah Syed Saddiq, ia membuka peluang besar kepada kerajaan untuk memanfaatkan pengalaman anak muda terbabit dengan khidmat mereka di GLC negara.
"Pucuk dicita, ulam mendatang. Jalil bersetuju untuk pulang berkhidmat walaupun akan menanggung 90 peratus potongan pendapatan jika berkhidmat di Malaysia.
"Akhirnya, Jalil dilantik menerajui PNB sebagai presiden dan ketua eksekutif kumpulan PNB. Ini benar-benar perubahan positif kepada sejarah pengurusan asset negara.
"Kita perlukan orang yang berpengalaman luas, mempunyai perspektif kontemporari dalam ekonomi global dan paling penting, nilai patriotik sehingga sanggup pulang berbakti kepada negara," kata Syed Saddiq.
Tambahnya lagi, kini Jalil tetap dikenali sebagai tokoh yang ditagih khidmatnya oleh banyak syarikat lain.
"Saya percaya ini semua bukan masalah bagi beliau. Tetapi, PNB dan masa hadapan banyak GLC negara makin kelam. Mungkin politik mengatasi bakat dan merit dalam mentadbir aset negara. Saya doakan yang terbaik untuk negara" katanya.
Untuk rekod sejak PH menguruskan negara, segala saham milik PNB seperti ASB, ASN dan sebagainya telah mencatatkan dividen terburuk dalam sejarah negara pada tahun 2018.
Seterusnya setelah Jalil dilantik pada 2019, dividen ASB untuk tahun tersebut jauh lebih teruk dari tahun 2018.
-Tun Carlos