Syed Saddiq sedih orang tuduh mama dan abuyahnya bukan-bukan
Mungkin Syed Saddiq telah lupa dengan segala fitnah dan tuduhan yang dilemparkan terhadap bekas Perdana Menteri DS Najib Razak tanpa memikirkan apa perasaan anak-anak beliau terutamanya Yana Najib, hari ini setelah ibu bapanya juga terpalit dengan kes SPRM dan penggubahan wang haram, Syed Saddiq kini mula merasai apa yang telah dirasai oleh anak-anak kepada DS Najib Razak.
Berikut adalah luahan simpati Syed Saddiq di Instagramnya.
Luahan Simpati Syed Saddiq:
Hari ini adalah kali ke empat Mama dan Abuyah dipanggil untuk membantu siasatan SPRM. Macam biasa, kami sekeluarga sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan.
Walaupun Saddiq tak dapat bersama Mama dan Abuyah pagi ini kerana urusan kerja, Saddiq tahu yang Mama dan Abuyah kuat dan berani kerana benar.
Ada orang buat cerita yang Mama dan Abuyah tak bekerja dan menuduh Mama dan Abuyah bukan-bukan. Anak-anak didik Mama selama 38 tahun lepas boleh jadi saksi betapa berdedikasinya Mama bekerja sebagai seorang guru.
Saddiq tahu walaupun Mama dan Abuyah tak tunjuk, tapi Mama dan Abuyah terkesan dengan tuduhan bukan-bukan ini. Jangan risau Mama. Jangan risau Abuyah. Kita sekeluarga di pihak yang benar. Tuhan bersama orang-orang yang benar.
Saddiq doakan kemudahan kepada pihak SPRM untuk menyiasat dan kekuatan kepada Mama dan Abuyah sepanjang hari.
Saya juga terima berita seorang pemimpin yang bebas 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang pagi tadi. Hari yang sama Mama dan Abuyah dipanggil bantu SPRM.
sumber: Instagram Syed Saddiq