Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Turki dan MENA berminat import lebih banyak minyak sawit dengan Kerajaan baru


KUALA LUMPUR, 28 Jun - Turki serta MENA (Kesatuan negara di wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara) bakal menyaksikan peningkatan dalam permintaan serta pengimportan biodiesel, susulan bermulanya proses pemulihan berikutan penurunan dalam kes dan kadar kematian COVID-19 di sana.

Veysel Kaya, wakil dari Ankara, Turki yang terlibat dalam perundingan serta pembrokeran minyak bijian Sundeedman berkata, proses  ini mencerminkan pemulihan dalam ekonomi dan pendapatan termasuk pengukuhan dalam harga petrol yang akan membawa kepada permintaan biodiesel yang lebih tinggi dan seterusnya, melonjakkan import minyak sawit.

"Jika proses normalisasi dilakukan dengan baik, harga petrol mungkin akan meningkat melebihi US$45 setong dan bakal mencecah tahap psikologi serta kritikal pada US$50 setong daripada US$41.02 setong (US$1 = RM 4.29).

Negara-negara di dalam wilayah MENA



"Kemudian, dengan permintaan minyak sawit yang lebih baik bagi biodiesel dan HoReCa (sektor perhotelan, restoran dan kafe), harga minyak sawit Bursa Malaysia mampu naik kepada RM2,500 daripada RM2,400 setan dan kelapa sawit yang ditapis boleh mencecah US$600 setan atau US$625-US$650 setan," katanya dalam satu persembahan slaid bertajuk "Turki MENA-Koridor Pertumbuhan Baharu untuk Minyak Sawit".

Pembentangan ini dibuat semasa Seminar Internet Minyak Sawit (Pointers) selama tujuh hari yang dibuat secara maya, yang berakhir hari ini. Webinar ini telah dianjurkan oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Bursa Malaysia.

Menurut Veysel, pengaktifan semula sektor pelancongan dan HoReCa juga bermakna lebih banyak permintaan untuk minyak sawit.

"Turki adalah antara pengimport minyak sawit dan minyak isi rong utama, manakala Timur Tengah mengimport kira-kira 2 juta minyak sawit setahun.


"Bagaimanapun, pandemik COVID-19 telah memberikan cabaran ke atas permintaan komoditi itu di peringkat global, termasuk penggunaan minyak sawit di Turki, Timur Tengah dan Afrika Utara. Kami melihat permintaan untuk minyak sawit mula menjunam selepas orang ramai mengubah gaya hidup mereka akibat kemerosotan ekonomi, ditambah pula dengan pemotongan gaji dalam sektor pekerjaan," katanya.

Turki merupakan salah satu negara yang terkemuka dan terkenal dengan perkhidmatan yang cemerlang serta kepelbagaian masakannya, tetapi aktiviti pelancongan yang merosot di negara itu telah menjejaskan sektor HoReCa dan golongan pekerjanya.

Sementara itu, di Timur Tengah, kejatuhan harga petrol, ekonomi, pendapatan termasuk peningkatan kadar pengangguran telah memberi tekanan yang hebat terhadap rakyat di rantau berkenaan.

Ia juga menghadkan pelancongan, persidangan dan pameran di Dubai serta mengurangkan bilangan jemaah haji.



Seorang lagi anggota panel persidangan itu, yang merupakan wakil daripada Shanghai Pansun Company, Cai Neng Bin berkata wabak dan penurunan harga minyak mentah telah menjejaskan jangkaan permintaan minyak sawit, malahan, kelembapan dalam pengeluaran juga perlu diperhatikan dengan teliti.

"Trend harga pasaran akan turun naik berdasarkan kepada keadaan eksport. Kunci kepada pesanan pasaran yang lebih baik adalah dengan merancang penjualan serta pembelian secara lebih awal dan munasabah," katanya.

Cai berkata China mungkin tidak mempunyai hasrat untuk mengisi semula stok minyak sawitnya yang berada pada tahap rendah sekarang ini, berikutan kenaikan harga yang dijangka berlaku pada separuh kedua 2020.

--  BERNAMA