Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wanita PH minta Ketua SPRM siasat dakwaan fitnah pembantu Syed Saddiq


Dalam satu kenyataan bersama, ketiga-tiga pemimpin Wanita Pakatan Harapan (PH)  - Rodziah Ismail (PKR), Chong Eng (DAP) dan Aiman Athirah Sabu (Amanah), menggesa ketua pesuruhjaya SPRM, Azam Baki melancarkan siasatan terhadap kenyataan yang disifatkan sebagai fitnah yang dibuat oleh Siti Nurul Hidayah yang merupakan pembantu Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut kenyataan SPRM awal hari ini, Siti telah membuat dakwaan kononnya berlaku salah laku dan 'penyeksaan' ke atasnya suspek lain dari Armada Bersatu yang dibawa ke premis SPRM untuk disoal siasat.

Walaupun begitu, ketiga-tiga Wanita PH menyatakan solidariti terhadap pembantu Syed Saddiq itu.



“Kami menyatakan solidariti kami kepada saudari Nurul Hidayah dan rakan-rakannya serta semua yang menjadi mangsa penyeksaan, ancaman dan taktik menakut-nakutkan oleh SPRM dan meminta siasatan penuh terhadap insiden mengaibkan ini,” kata mereka.

Nurul Hidayah semalam mendakwa dilayan secara tidak adil ketika disoal siasat oleh pegawai SPRM sebanyak tiga kali sejak April.

Antara lain, berdasarkan laporan polisnya, Siti mendakwa pegawai SPRM merampas telefon bimbitnya, melemparkan telefon kepadanya, menggunakan kata-kata kesat terhadapnya, mengancam untuk menamparnya, menendang kerusi dan mematikan lampu semasa sesi soal jawab.



Sementara itu, ahli pemuda Bersatu Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin turut mendakwa dia dan seorang lagi ahli parti disoal siasat secara berasingan selama beberapa jam oleh SPRM pagi semalam.

Kedua-dua mereka membuat dakwaan itu dalam sidang media di Putrajaya semalam, selepas bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media sebelum itu mendakwa Perikatan Nasional (PN) menggunakan agensi penguat kuasa seperti SPRM untuk menekan pembangkang.

Sehubungan itu, Wanita PH turut menggesa Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin campur tangan untuk menghentikan tindakan 'membuli' suspek ketika ditahan suruhanjaya itu.

“Tidak ada tempat untuk tingkah laku samseng dalam agensi kuat kuasa awam seperti SPRM dan perdana menteri mesti mengambil langkah untuk menghentikan budaya membuli dan mengganasi suspek dan saksi.



Gesa SPRM pasang video dalam ruang siasatan

Setelah kembali menjadi Pembangkang, Wanita PH mengusulkan agar cadangan daripada Laporan Suruhanjaya Tun Dzaiddin untuk Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), bahawa ruang siasatan harus dilengkapi pengawasan video.

“Segala wawancara dengan suspek dan saksi hanya boleh dilakukan dalam ruangan tersebut.

“Sekiranya amalan seperti itu diterapkan secara komprehensif oleh semua agensi penguatkuasa termasuk SPRM, mungkin kematian Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani dalam premis SPRM dapat dielakkan,” kata mereka.

Untuk rekod, ketika PH menjadi Kerajaan, mereka langsung tidak pernah memaksa Ketua SPRM pada ketika itu memasang video di bilik siasatan seperti yang mereka mahukan sekarang. Pelik juga ya?



Semalam, Dr Mahathir mengancam akan mendedahkan semua salah laku yang dilakukan kerajaan sekiranya mereka tidak berhenti berbuat demikian.

Agensi pencegah rasuah itu sebelum ini menyatakan penahanan seorang ahli pemuda Bersatu sebelum ini “tiada kaitan dengan niat politik”, sebaliknya ia merupakan sebahagian daripada siasatan ke atas kehilangan wang dari rumah Syed Saddiq.

SPRM telah menafikan dakwaan fitnah oleh pihak Armada Bersatu dan akan melakukan satu laporan Polis bagi mengambil tindakan dan menyiasat terhadap mereka yang terlibat menfitnah dan menjatuhkan nama baik agensi itu.

BACA: Pembantu Syed Saddiq bakal ditahan, SPRM buat laporan polis

-Tun Carlos