Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Warisan dikhabarkan akan tinggalkan PH


Parti Warisan Sabah (Warisan) dikhabarkan akan meninggalkan rakan-rakan sekutunya di dalam Pakatan Harapan.

Khabar angin itu tersebar sejak semalam di kalangan ahli-ahli parti itu. Ada juga yang mengatakan Presiden Warisan, Shafie Apdal akan menyertai Muhyiddin Yassin.

Apapun menurut sumber dari Warisan, mereka menafikan khabar angin seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Setiausaha Agungnya Datuk Loretto Padua berkata kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang ingin memecah-belahkan kerjasama PH Plus.


“Untuk rekod, Warisan tidak pernah berada dalam gabungan PH sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lagi.

“Bagaimanapun, pendirian Warisan konsisten untuk bekerjasama dengan PH sehingga sekarang digelar PH Plus,” katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu, malam ini.

Justeru, katanya Warisan meminta penyokongnya agar tidak mempercayai berita palsu tersebut.

Sehingga kini Presiden Warisan masih belum memberi apa-apa kenyataan rasmi.

-Bernama /TunCarlos