Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Abdul Latiff wajar letak jawatan -Ketua Pemuda UMNO


LATIF WAJAR LETAK JAWATAN

1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius video tular kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang menyifatkan UMNO Sabah sebagai sebuah “parti yang tidak laku”!

2. Kenyataan biadab dan angkuh seperti itu tidak harus diungkapkan oleh seorang yang sudah berstatus Menteri dalam sebuah Kerajaan yang terbentuk hasil kerjasama gabungan parti-parti politik terutamanya UMNO sebagai rakan komponen terbesarnya.

3. Lebih menghiris lagi apabila kenyataan yang berupa penghinaan sebegitu diluahkan oleh seorang pengkhianat parti yang lari dan terjun meninggalkan bahtera UMNO di saat badai besar melanda, sedangkan bahtera inilah yang pernah mengangkat beliau sebagai Ahli Parlimen Mersing.


4. Justeru, demi maruah UMNO dan mengekalkan keharmonian dan penghormatan parti-parti yang berkerjasama dalam Kerajaan Perikatan Nasional, Pemuda UMNO bertegas agar Datuk Latiff segera meletakkan jawatan selaku Menteri Kabinet!

5. Pemuda UMNO tidak sesekali merelakan maruah parti terus dicabuli buat kali kedua dengan kata nista berupa penghinaan setelah perilaku pengkhianatan ke atas parti ini cuba kami kompromi.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
8 Julai 2020