Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Aleesya nak adik baru.." ujar Erra Fazira


Kegagalan dalam meniti alam perkahwinan membuatkan penyanyi dan pelakon Erra Fazira mengakui dia tidak boleh 'main redah' menentukan soal lelaki boleh bertakhta di hatinya.

Kata Erra, bukan tiada lelaki yang pernah cuba mengetuk pintu hatinya. Cuma, kata Erra, ketika ini peneman hidup yang menepati cita rasanya jika bolehnya biarlah lelaki yang boleh menjadi membimbing hal-hal dunia dan akhirat.

“Jika sudah sampai seru untuk mendirikan rumah tangga, mengapa tidak? Saya tak pernah tutup pintu hati. Cuma sebelum pergi lebih jauh, saya kena berhati-hati memilih, justeru proses itu lambat.



“Misalnya jika ada yang sudi untuk berkahwin, saya tak boleh terus redah saja, kenalah berhati-hati sebab dah dua kali mendirikan rumah tangga sebelum ni," katanya.

Keutamaan ciri-ciri lelaki pilihan, kata Erra, 46, kini sudah berubah berbanding dulu.

"Saya kena cari orang yang seiring dunia dan akhirat,” katanya ketika ditemui di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, penyanyi dan penerbit Yusry Abdul Halim pada Jun 2003.



Namun perkahwinan tersebut hanya bertahan selama tiga tahun. Erra kemudian berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007.

Mereka bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan kedua itu, Erra dikurniakan seorang cahaya mata iaitu, Engku Aleesya, 11 tahun.

Gambar: MalaysiaKini

Lebih enam tahun tanpa pengganti di sisi pada masa sama membuatkan dirinya kerap diajukan soalan mengenai adik baru oleh Engku Aleesya.

“Alessya nak adik, tapi tak nak saya kahwin. Bila saya bagitahu padanya ada lelaki ajak berkahwin, dia terus murung dan sedih.

“Bukan apa, mungkin dia takut kasih sayang saya nanti berbelah bahagi dengannya,” kata Erra yang mengaku perhatiannya kini diberi penuh buat Aleesya. -MalaysiaKini