Alhamdulillah, Tabung Haji umum jumlah deposit meningkat pada Jun lalu
KUALA LUMPUR- Lembaga Tabung Haji merekodkan peningkatan jumlah deposit sebanyak RM73.86 bilion pada 30 Jun lalu berbanding RM69.42 bilion pada 31 Disember tahun lepas.
Tambah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nik Mohd. Hasyudeed Yusoff, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sejumlah 123,000 akaun simpanan baharu telah dibuka.
“TH yakin wabak Covid-19 akan berakhir dan akan terus bekerja keras untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada para pendeposit dalam apa jua keadaan sekali pun.
“Melangkah ke hadapan, perkhidmatan digital akan menjadi fokus utama TH memandangkan sebahagian besar pendeposit TH adalah terdiri daripada golongan celik teknologi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, menurut Mohd. Hasyudeen, TH juga sedang membuat persediaan untuk menghadapi pengurusan ibadah haji yang lebih rumit pada tahun hadapan, berikutan penangguhan haji pada musim 1441H/2020.
Ini termasuk menangani cabaran-cabaran baharu seperti penyampaian perkhidmatan yang mengambilkira situasi Covid-19.- MalaysiaGazette