Laman web saluran berita Al Jazeera yang disokong oleh Qatar telah disekat di Arab Saudi dan UAE.
Perang media bermula setelah kenyataan yang dikaitkan dengan Emir Tamim bin Hamad Al Thani dikeluarkan di laman web agensi berita negara Qatar pada tahun 2017.
Kenyataan itu menimbulkan kemarahan rakyat Arab Saudi dan UAE berikutan lawatan pentadbiran Trump ke Arab Saudi yang dipolitikkan oleh pemerintah Qatar melalui AL-Jazeera.
Tangkap layar laman web yang cuba diakses di Arab Saudi untuk ke laman web AL-Jazeera |
Al-Jazeera menerbitkan petikan dari Emir Qatar, yang mengatakan, "Tidak ada kebijaksanaan untuk memusuhi Iran" sebagai tindak balas kepada lawatan pertama Donald Trump ke Riyadh pada sidang kemuncak Arab-Islam-Amerika.
Petikan tersebut juga menunjukkan ketegangan dengan pemerintahnya dan pemerintahan Trump, dengan menyatakan bahawa Iran adalah "kekuatan Islam."
Lebih kontroversi, petikan tersebut menyimpulkan bahawa hubungan dengan Israel "baik" dan bahawa Hamas adalah wakil rasmi Palestin. (Saudi menganggap Fatah sebagai wakil Palestin)
Ini bukan sekatan yang pertama bagi Al Jazeera
Kerajaan Mesir juga telah menyekat AL-Jazeera pada 2013 setelah jutaan rakyat Mesir menggesa pihak tentera menggulingkan Mohammed Morsi dari kekuasaannya selama 1 tahun.
Ini adalah kerana rakyat Mesir tidak puas hati dengan campur tangan pihak luar terutama dari gerakan Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood) yang ditaja Qatar.
Tiga wartawan Al Jazeera telah ditangkap dan dibicara iaitu Mohamed Fahmy, Baher Mohamed dan Peter Geste.
Langkah itu dilihat sebagai sebahagian daripada ketegangan politik dan ketenteraan antara Mesir dan Qatar yang menyokong kuat serta menaja gerakan Ikhwanul Muslimin dan Al-Jazeera untuk mengganggu hal ehwal politik dan rakyat Mesir.
Hari ini, Al-Jazeera juga telah menyebabkan rakyat Malaysia marah berkenaan laporan tidak tepat serta telah memberi imej buruk terhadap negara mengenai cara Kerajaan Malaysia mengawal warga asing ketika pandemik Covid-19.
Sama-sama kita tunggu adakah Kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan yang tegas dan tepat seperti Arab Saudi, Mesir dan UAE.
Sumber: TRT World/Tun Carlos
Tiga wartawan Al-Jazeera yang ditahan kerana laporan tidak tepat mengenai Mesir |