Bodoh sangat samakan Nabi seperti pelarian, Mat Sabu dikecam seluruh umat Islam
KUALA LUMPUR: Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) menggesa usul dibuat di Dewan Rakyat untuk menggesa Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) menarik balik kenyataannya bahawa Nabi Muhammad adalah pelarian.
Beliau berkata, kenyataan itu merupakan suatu kesimpulan yang mengelirukan dewan dan Islam itu sendiri.
“Sebut (Nabi) Muhammad sebagai pelarian sedikit bermasalah dari sudut tafsiran dan definisi.
“Ini kerana (Nabi) Muhammad bukan pelarian, tetapi berhijrah ke Madinah kerana dijemput oleh penduduk Madinah dan dilantik menjadi pemimpin Madinah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun timbalan speaker, Mohd Rashid Hasnon berkata, Mohamad Sabu tidak berada di dalam Dewan Rakyat dan meminta Fadhli menulis surat bagi mengemukakan usul itu.
Sebelum itu, Mohamad mengingatkan bahawa tokoh penting dalam Islam juga pernah menjadi pelarian, termasuk Nabi Muhammad.
“Jangan kita lupa sejarah. Jangan kita anggap kita lupa Islam itu ditegakkan oleh para pelarian, khasnya Nabi Muhammad yang menjadi pelarian atau berhijrah dari Mekah ke Madinah,” katanya di Dewan Rakyat.
Kenyataan Mohamad Sabu itu mengejutkan selurut umat Islam dan rata-rata amat kesal dengan analogi yang dangkal, bodoh dan dungu tersebut
Pendakwah terkenal, Dato Ustaz Kazim Elias juga menegur kenyataan bekas Menteri Pertahanan tersebut.
"Minta orang politik ni berhati-hati sikit bila bercakap.. jangan main sedap mulut je buat analogi."
"Apa ke hal di samakan Nabi s.a.w macam pelarian? Fahami makna pelarian, refugee dan hijrah baik-baik. Main sedap mulut je nak cakap?." ujar Ustaz Kazim.
– FMT