Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Guan Eng yang cadangkan Shafie sebagai calon PM kami." -Mahathir


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah individu yang mencadangkan agar Shafie Apdal dipilih sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), dakwa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Lim Guan Eng yang cadang Shafie jadi calon perdana menteri kami.

“Tetapi malangnya, walaupun cadangan itu datang daripada beliau, Lim kemudian patah balik dan kata calonnya Anwar Ibrahim.



“Saya awalnya tanya mereka adakah mereka benar-benar mahu Shafie dan mereka kata ya. Tetapi selepas mereka jumpa Anwar, mereka tukar,” katanya lapor The Malaysian Insight.

Cadangan mencalonkan Shafie, yang merupakan presiden Warisan, sebagai perdana menteri PH timbul bulan lalu selepas PKR bertegas menolak Mahathir sebagai calon.

Parti itu menegaskan bahawa Anwar harus menjadi calon perdana menteri PH.

Mahathir mengumumkan pada 27 Jun bahawa parti komponen PH - DAP dan Amanah menyokong Shafie sebagai calon perdana menteri.



Bagaimanapun, DAP dan Amanah kemudian membuat kenyataan bersama bahawa mereka akan menyerahkan perkara itu untuk diputuskan di peringkat gabungan PH.

Susulan daripada mesyuarat majlis presiden PH pada 5 Julai, gabungan itu berkata ia berpegang teguh kepada keputusan sebelum ini untuk menjadikan Anwar sebagai calon perdana menteri.

Shafie juga sebelumnya mengatakan bahawa DAP dan Amanah telah menamakan beliau sebagai calon perdana menteri.

Mahathir menjelaskan beliau tidak kisah jika PH tidak memilihnya untuk menjadi calon perdana menteri mereka, tetapi menyuarakan kebimbangan sama ada Anwar dapat memperoleh sokongan yang cukup sebagai calon perdana menteri.



Beliau juga mendakwa walaupun terdapat beberapa anggota Parlimen yang bersedia menyertai pembangkang, mereka tidak akan melakukannya sekiranya Anwar adalah calon perdana menteri.

Isu inilah yang menyebabkan beliau menyokong Shafie sebagai calon perdana menteri, kata Mahathir.

“Jika kita tidak dapat sokongan orang Melayu, kita tidak boleh tukar kerajaan. Tetapi pada masa sama, kita berdepan masalah kerana Anwar tidak mahu saya.

“Dan walaupun Anwar kata dia ada sokongan majoriti, setiap kali nama dia timbul, dia kalah,” katanya.

'Saya kalah, Anwar juga kalah'

BACA: PH takkan tumbang jika beri sokongan penuh pada Februari -Mahathir

-MalaysiaKini