Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Harimau kumbang berkeliaran dalam UiTM Kuala Pilah



Universiti Teknologi Mara Kuala Pilah mengesahkan kelibat seekor harimau kumbang yang dilihat berlegar-legar di kawasan universiti itu seperti yang tular di media sosial.

Ketua Unit Komunikasi Korporat UiTM Kuala Pilah, Mumtaz Ahmad berkata, seorang kakitangan di universiti berkenaan melihat haiwan berkenaan lebih kurang jam 7 malam.

Haiwan itu katanya, didakwa berlegar-legar antara lima sehingga 10 minit, lapor Sinar Harian.

"Salah seorang kakitangan UiTM yang ketika itu baru selesai bertugas ternampak haiwan itu lalu merakam gambarnya sebelum ia tular di laman sosial.

Kemunculan Spesis Harimau Kumbang di kawasan UiTM Kuala Pilah Negeri Sembilan perlu perhatian segera pihak Jabatan...
Posted by Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association on Thursday, 23 July 2020


"Bagaimanapun, kami telah mengambil langkah sewajarnya dalam soal keselamatan kakitangan UiTM supaya sentiasa berhati-hati selain melakukan pemantauan secara kerap oleh polis bantuan UiTM," katanya.

Mumtaz berkata, Perhilitan juga membuat pemantauan sebelum tindakan lanjut dilakukan.

"Ketika ini tiada pelajar di kampus dan kejadian ini merupakan pertama kali berlaku sejak kampus dibuka pada tahun 2009," katanya.

Sejak semalam, tular di laman sosial Facebook dan Twitter berhubung kemunculan seekor harimau kumbang di UiTM Kuala Pilah.


Kejadian itu turut mendapat respons daripada Persatuan Haiwan Malaysia.

Ini bukan kejadian kali pertama haiwan berkenaan muncul di kawasan awam.

Pada September tahun lepas, haiwan berkenaan dilapor berkeliaran di Taman Harmoni dekat Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.

sumber: Sinar Harian