Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kes ibu bapa didera anak sendiri meningkat ketika PKP

Siti Kamsiah Hassan

Kuala Lumpur, 23 Julai 2020 - Desakan kewangan dan penyalahgunaan dadah antara faktor utama peningkatan kes dera ibu bapa oleh anak sendiri sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Mac hingga Mei lalu.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes penderaan anak terhadap ibu bapa mencatatkan peningkatan sehingga 20 peratus berbanding sebelum ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, siasatan mendapati kebanyakan kes melibatkan anak yang menganggur dan berusia 30 hingga 38 tahun.


Katanya, pergerakan yang terbatas sewaktu PKP turut menjadi punca berlakunya peningkatan kes penderaan melibatkan anak dan ibu bapa.

“Sebelum ini anak-anak terbabit keluar rumah mencari wang dengan melakukan pekerjaan sampingan, mencuri atau meminjam dengan kawan.

“Apabila terdesak, anak-anak ini meminta wang daripada ibu bapa, apabila tidak diberi, mereka mula bertindak kasar,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.



Menurut Puan Siti Kamsiah, kes keganasan rumah tangga pula menurun sebanyak empat peratus berbanding sebelum pelaksanaan PKP. Antara faktor penurunan tersebut kerana wujud perubahan trend melibatkan suami isteri sepanjang tempoh tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia