KES SAMAN DEEPAK: Najib sindir Al-Jazeera, suka siar wawancara bersama penipu
ULASAN NAJIB: Ahli perniagaan bernama Deepak Jaikishan ini pernah membeli gambar potret Timbalan Perdana Menteri masa itu dengan harga RM150,000 pada bulan Disember 2018.
Selepas itu, pada awal tahun 2019 program 101 East Al Jazeera telah menyiarkan pelbagai tohmahan-tohmahan ahli perniagaan Deepak terhadap saya tanpa sebarang usaha periksa.
Video tembual mereka dengan Deepak turut ditularkan secara meluas pada masa itu
Lalu dia turut memfailkan dua saman berasingan terhadap saya dalam mahkamah berdasarkan tohmahan-tohmahan dia.
Saman pertama dia dibatalkan mahkamah pada bulan Januari tanpa perbicaraan setelah hakim mendapati Deepak langsung tak ada bukti dan saman dia jelas tidak boleh dikekalkan. Dia turut diarahkan mahkamah untuk membayar kos mahkamah kepada saya.
"13 Jan 2020: Mahkamah batal saman Deepak terhadap Najib, Rosmah"
https://www.malaysiakini.com/news/506919
"13 Jan 2020: Court dismisses Deepak's suit against Najib, four others"
https://www.malaysiakini.com/news/506950
Semalam, saman kedua dia juga dibatalkan mahkamah tanpa perbicaraan setelah hakim mendapati Deepak langsung tak ada bukti dan saman dia jelas tidak boleh dikekalkan. Dia turut diarahkan mahkamah untuk membayar kos mahkamah kepada saya.
"16 Jul 2020: Najib berjaya batal saman Deepak"
https://www.malaysiakini.com/news/534699
"16 Jul 2020: High Court throws out Deepak's suit against Najib, Rosmah and Azeez"
https://www.malaysiakini.com/news/534693
(sengaja saya muat naik tangkap layar laporan berita Inggeris supaya wartawan 101 East Al Jazeera boleh faham)
Ahli perniagaan bernama Deepak ini pernah membeli gambar potret Timbalan Perdana Menteri masa itu dengan harga RM150,000...
Posted by Najib Razak on Thursday, 16 July 2020