Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ketua Puteri desak Abdul Latiff letak jawatan sebagai Menteri Kabinet


UMNO PARTI BERMARUAH, DR ABDUL LATIFF AHMAD SILA LETAK JAWATAN!

1. Ekoran video Viral kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang menyebut UMNO Sabah sebagai sebuah Parti yang tidak laku.

2. Kami di Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengecam sekeras kerasnya kenyataan biadap dan angkuh tersebut.

3. Kenyataan itu bukan sahaja mengguris hati Ahli Ahli UMNO di Sabah, malah pejuang parti seluruh Malaysia yang terus bersetia walau dalam keadaan susah dan perit ketika menjadi pembangkang.



4. Beliau seharusnya muhasabbah diri darimana datangnya kedudukan sebagai Ahli Parlimen Mersing jika bukan atas tiket UMNO dan bantuan jentera parti yang dihina ini.

5. Beliau juga sepatutnya belajar rasa hormat sesama rakan gabungan  dalam kerajaan hari ini dan disiplin sebagai pimpinan tertinggi.

6. Adakah UMNO sudah tidak laku? Sedangkan rakyat sudah menjadi saksi kebangkitan parti keramat ini hingga kami di beri mandat menang dalam 6 Pilihanraya Kecil dan 2 daripadanya menewaskan parti kalian pada ketika itu.

7. Justeru, demi maruah UMNO parti keramat ini, kami mendesak agar Datuk Latiff segera melepaskan jawatannya selaku Menteri Kabinet.

8. Puteri UMNO juga tidak akan sesekali merelakan maruah parti ini dari terus diperlekeh oleh pihak lawan mahupun kawan.

BACA: Abdul Latiff wajar letak jawatan -Asyraf Wajdi

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
8 Julai 2020