Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Laporan anak "diarah" bayar cukai RM37.6 juta, Najib dakwa media salah lapor


ULASAN: Saya jelaskan tentang keputusan mahkamah hari ini bahawa anak saya Nazifuddin (Datuk Mohd Nazifuddin) "diarahkan" bayar tuntutan cukai sebanyak RM37.6 juta bagi tahun 2011 hingga 2017 (8 tahun).

Sebenarnya, dia bukan diarahkan hakim untuk membayar cukai tetapi hakim memberi penghakiman terus (summary judgement) kepada LHDN untuk teruskan tuntutan mereka terhadap anak saya.

"Saman RM37.6j: Mahkamah benarkan permohonan penghakiman terus LHDN"
https://www.malaysiakini.com/news/533208
(Media-media lain yang tajuk beritanya ialah "diarahkan" sudah salah melapor)

LHDN adalah di bawah Kementerian Kewangan.


Pada masa tuntutan cukai ke atas saya dan keluarga saya dikenakan juga merupakan masa Tony Pua dan Guan Eng bermaharajalela dan banyak menyalah gunakan kuasa (saman saya jika berani) untuk mengenakan saya dan orang BN.

Di bawah undang-undang cukai Malaysia, seksyen 106 jelas menunjukkan bahawa LHDN ada kuasa untuk mengenakan sebarang cukai tambahan dan penalti ke atas mana-mana orang dan seksyen 106 (3) juga mengatakan bahawa mahkamah tiada kuasa untuk mengurangkan atau membatalkan tuntutan cukai LHDN biarpun tuntutan cukai itu disalah kira, tak adil atau tak patut.

Akta Cukai Pendapatan 1967:
"Section 106 (3): In any proceedings under this section the court shall not entertain any plea that the amount of tax sought to be recovered is excessive, incorrectly assessed, under appeal or incorrectly increased."

Ini bermaksud, jika LHDN kenakan tuntutan serta penalti cukai RM37.6 juta, makhamah perlu arahkan defendan untuk bayar RM37.6 juta.

Jika LHDN tuntut cukai RM3.76 Trilion pun, mahkamah perlu arahkan defendan bayar RM3.76 Trilion.

Bayar dulu. Lepas bayar, baru boleh membuat rayuan di panel rayuan LHDN untuk mendapatkan kembali bayaran yang tak patut.



Sebab itu, kerajaan PH dahulu boleh kenakan tuntutan dan penalti cukai sebanyak RM1.7 bilion ke atas saya untuk wang yang disebut RM2.6 bilion walaupun ianya jelas wang tersebut telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan selepas ianya diterima.

Tapi apalah nasib kita jika kuasa di bawah undang-undang cukai negara disalahguna oleh Guan Eng dan gengnya untuk mengenakan kita supaya mereka boleh memainkan propaganda untuk menipu mereka yang kurang faham akta cukai?

"Kebenaran akan dibuktikan akhirnya apabila dia menghadapi panel rayuan cukai hari nanti."ujar Najib

-Tun Carlos