Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki "gelang pink" ditahan ketika berkeliaran di kedai makan dekat Manjung

Contoh gelang pink yang dipakaikan kepada individu yang pulang dari luar negara 

MANJUNG: Seorang lelaki berusia 51 tahun yang mendapat arahan kuarantin di rumah, ditangkap sedang berkeliaran di kedai makan di Kampung Jering, Ayer Tawar, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata ketika ditangkap lelaki itu memakai gelang tangan merah jambu yang sepatutnya menjalani kuarantin COVID-19 di rumah.

"Lelaki itu dikesan sedang berkeliaran di kedai makan dan pemeriksaan pada gelang dipakainya mendapati kuarantin bermula pada 18 Julai lalu hingga 1 Ogos ini.


"Dia didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan dikompaun RM1,000," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai agar melaporkan kepada polis sekiranya ada individu yang memakai gelang merah jambu berada di tempat awam.

"Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang memakai gelang berkenaan sekiranya mendapati mereka melanggar perintah kuarantin di rumah," katanya.

-BHonline