Mujahid akhirnya mengaku PH jual banyak aset Tabung Haji
Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof membidas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary yang berkata akan menilai semula keputusan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini untuk menjual sejumlah subsidiari TH Plantations (THP) Bhd.
Jelas Mujahid yang merupakan bekas menteri agama itu, tujuan penjualan anak syarikat Lembaga Tabung Haji adalah untuk mengurangkan bebanan hutang.
Katanya lagi, kenyataan Ahmad Marzuk semasa memberi jawapan bertulis berhubung isu itu tidak jujur dalam menyatakan proses penjualan aset tersebut.
“Tujuan ini semua adalah untuk bayar hutang. Ia adalah keputusan perniagaan transaksi bukan keputusan politik sebab nak selamatkan THP, sebab kalau teruskan (dengan hutang) THP akan gulung tikar.
“Sebab itu saya rasa kenyataan timbalan menteri tidak adil dan kelirukan dewan tentang THP.
“Beliau tak jujur tak nyatakan proses penjualan adalah sebab kurangkan beban bukan untuk suka-suka jual,” katanya menerusi sidang media dalam Parlimen hari ini.
Kata Mujahid lagi, beliau juga kesal atas jawapan yang diberikan oleh timbalan menteri itu yang menurutnya bersifat politik.
“Saya amat kesal dengan jawapan dan tak berdasarkan jawapan pemulihan tapi dengan tujuan politik untuk rendahkan usaha kami bagi selamatkan THP dan secara menyeluruh,” katanya
Terdahulu, Ahmad Marzuk berkata semenjak kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih, keyakinan pelabur semakin meningkat disebabkan hubungan dengan antarabangsa.
Kata Ahmad Marzuk, harga minyak sawit mentah kian pulih disebabkan hubungan dagangan antarabangsa kembali terjalin.
"Justeru Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menilai semula keputusan penjualan ladang secara besar-besaran ini sama ada ia wajar ataupun tidak," kata Ahmad Marzuk.
Ahmad Marzuk yang merupakan anggota parlimen Pengkalan Chepa dari PAS menjawab soalan Anggota Parlimen Tanjong Karang Noh Omar berkenaan justifikasi penjualan dan keluasan ladang yang telah dijual dan berkenaan pembelinya.
Isu pejualan aset Tabung Haji itu menjadi panas kerana ia didakwa satu tindakan khianat pada pendeposit TH kerana melupusan aset milik umat Islam secara besar-besaran.
Ini adalah kerana PH jual 76.2% daripada jumlah keluasan ladang mereka pada masa harga sawit rendah.
Dalam Berita Harian hari ini. "TH Plantations jual aset mantapkan kewangan" Walaupun Menteri segala Agama membisu, CEO...
Posted by Najib Razak on Thursday, 23 January 2020
Tabung Haji masa PH sangat bertegas untuk menjual aset pada masa nilai aset rendah dan Mujahid yang ketika itu Menteri Agama dipersoal kenapa tidak menghiraukan kerisauan serta saranan pendeposit.
Malah dari mula sampai kerajaan PH tumbang, Mujahid dengan tegas menafi TH sedang jual aset apatah lagi untuk bayar hutang. Beliau mendakwa ia cuma proses "pindah milik".
Hari ini bila sudah terdedah di Dewan Rakyat dan disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia, baru beliau mengaku mereka jual aset kononnya untuk bayar hutang pula.
-Tun Carlos/MalaysiaKini