Najib kagum dengan kesetian penyokong Liverpool, anggap kekalahan MU seperti BN
Di dalam satu rancangan Facebook Live bersama bekas Perdana Menteri DS Najib Razak malam tadi, beliau ditanya satu soalan tambahan mengenai pendapat tentang kejayaan pasukan bolasepak Liverpool yang mengambil masa selama 30 tahun untuk menunggu menjadi juara EPL (English Premier League).
Umum tahu bahawa Najib adalah penyokong kuat pasukan Manchester United.
"Saya tengok penyokong Liverpool ni setia juga, mereka menunggu lama termasuk anak perempuan saya (Yana Najib). Dia ni memang fanatik.."
"Dia selalu sebut kepada saya, Liverpool is the team of the future..lama dulu." ujar Najib sambil tersengih.
Siaran Facebook Live malam tadi yang membincangkan tentang keadaan politik sekarang |
"Tapi akhirnya sampai juga. Maknanya satu pegajaran kalau kita setia dan kita komited akhirnya kita boleh berjaya juga. Itu satu."
"Dan kepada MU (Manchester United) bila kita tak jadi juara lagi kita kena susun rombak balik supaya kita dapat the winning strategy or winning formula."
"Jadi MU ni macam BN dah skarang ni. Dia kena pilih the winning strategy dan the winning formula sebab mereka tahu, pengundi ni tahu bahawa BN adalah yang terbaik sebenarnya.
"Tapi mereka nak lihat bahawa kita benar-benar dapat membentuk satu pasukan yang betul-betul meyakinkan rakyat. Ini yang paling pokok sekali."ujar Najib mengakhiri soalan tersebut.
-Tun Carlos
Saksikan temubual penuh di sini:
Kompromi? Kerjasama? Kita perlu pertimbangkan sentimen akar umbi.
Posted by Najib Razak on Thursday, 9 July 2020